Inilah sebabnya.
Sekarang ini asik amikjer artikel orang tapi sayang tak tahu linknya..Tapi artikel ini memnag bagus kajiannya.
Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya.
Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah
berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini
tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya
kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.
Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang
saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum.
Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya
berbagai soalan berkenaan tepung gandum..
Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi
adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45
manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar
RM2.80. Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat
marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? Pekedai terutama pekedai
kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah
besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung
Cap Kunci ini??
Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan
terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini
dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan
kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih
melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan
kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa
yang singkat.
Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan
berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah
satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah
bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke
Singapore
Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan
kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa
rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini??
Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di
tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.
Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil
beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat
semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide"
di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera
"mengandungi Benzoyl Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana
beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. Selain terkejut, Mr Y
amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan
BP adalah meleset.
Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah
antara dapatan saya:
1. Dari < http://getacnetreat/ / > http:// getacnetreat ments..com/review/benzoyl- peroxide/
Benzoyl Peroxide
Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne
treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells
and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive,
toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter. Although Benzoyl Peroxide is
generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin,
it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry
and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it
comes in contact with clothing and hair.
2. Dari < http://msds/ > http://msds . chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide.html
Benzoyl Peroxide
Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter.
May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with
skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.
3. Dari < http://pesticideinf / > http:// pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521
Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity,
neurotoxicity, and acute toxicity.
4. Dari < http://ptcl/ > http://ptcl . chem.ox.ac .
*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.. Firstly, it is potentially explosive when
mixed with organic material. Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.
*** The compound is very flammable.
*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or
get it on the skin.
*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.
Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :
* Bahan toksik
* Bahan penggalak tumor
* Boleh menyebabkan alahan pada kulit
* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian
dan juga rambut yang berwarna.
Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna
putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam
boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. Proses pemutihan tepung gandum dilakukan
adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam
tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar
ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas
dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum
ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini
mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang
asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung
putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik
kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping
sebahagian nutrisinya telah hilang.
Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan
negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat
eksperimen ini.
· Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada.
· Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti
canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya.
canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya.
· In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius.
Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.
Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.
Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di
atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat
daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. In sya-Allah
eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.
Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang
membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung
gandumlah yang membahayakan pesakit gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide
yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah
kepada pesakit gout. Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana
di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh,
TIPs di < http://emjayjb/ > http:// emjayjb . multiply. com/journal/ item/75.
Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi
tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti
serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini. Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat
agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia
BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya.
Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ????.
Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Seorang manusia tidak akan
menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil
produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan
negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah
di kalangan rakyat
Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor
lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.
Sekian wassalam wallahuaqlam
0 Ulasan