Ini gambar yang aku ambil |
tersangkut2 buat blog kerana dinner kilang dan group dance. Kena balas
dendam ler.
Nak mulakan cerita, annual dinner ni aku jadi kamera man.
Aku baru beli kamera so tak berani nak guna Manual. So sepanjang event
aku guna P(ISO). Tapi kadang2 aku guna manual untuk gambar yg tak gerak.
Nak guna A lak..emm perlu guna flash, tempat majlis agak gelap. Aku amik
semua gambar gelap. Pada majlis tu, member kilang ada tolong ambil.
Member aku punya lensa panjang dari 100mm hingga 300mm. Flash lak
external flash yg bagak2 punya.

Ini gambar guna kamera bagak..nice oii!!! |
event yg besar. Lensa memang untuk zoom bende jauh jadi dekat. Aku yg
guna lensa 55mm terpaksa pi dekat pentas nak zoom gambar. Manakala yg
guna 300mm, rilex ajer kat kerusi amik gambar. Dapat save penat..mcm aku
terlari2 ke dari hujung ke hujung pentas.. Flash punya cita, aku punya
internal flash peh!! Tak cukup kuat amik amik gambar untuk grouping.
Separuh lagi agak gelap manakala yg depan aku cukup terang. Pakai
external flash, memang jauh boleh pergi tak yah nak pi dekat2.
Kesimpulan nya dalam satu2 acara dalam dewan atau org putih kata in door
yg gelap2 terang siap ada pentas, baik guna external flash ngan lensa yg
panjang sikit. Kalau tak penat kau. Lagi satu, sebab tu aku guna P, nak
save bateri tak yah guna flash. Kalau guna pun tak ada function kalau
kat pentas guna internal flash. Kalau nak guna shutter speed atau
aperture lak nak juga guna external flash.
Aku respek kalau seseorang tu amik gambar org menari pakai manual.
Memang susah.. Dan itu cabarannya. Itu pengalaman dan kesukaran yg aku
dpt dari majlis ni. Memang seronok.. Tapi aku rasa kalau outdoor atau
cahaya matahari ok, aku rasa tak ada masalah guna std kamera ni. Aku
cerita tentang kamera DLSR bukan digital kompak!! Jangan salah paham lak
topik aku ni..hahaha.
Penggerakan blurred adalah setting kita. Bukan pasal lensa atau flash.
Hujung bulan ni member aku punya adik ipar ada kerja kahwin, aku nak
offer tawar diri amik gambar. Nak test outdoor lak.
0 Ulasan