Papi pandang aku amik gambar |
Kat Bandar Hilir umah aku pelbagai kaum duduk campur2. Bila kita duduk
berjiran ni dan pelbagai budaya dan agama, sikap toleransi amat penting.
Jiran India aku ni ada pelihara anjing namanya Papi. Anjing kontot, bkn
jenis spesis mahal punya..hehehe. Masalahnya anjing ni manja sgt, jgn
panggil namanya, mula lah ekor dia goyang2. Lepas tu dia datanmg kat
kau, kalau kena jilat , kena samak lerr..hahahah. Tapi nasib baik ia
jenis penakut, sergah sikit dah lari.
Dulu Aci (tuan punya Papi) ni selalu lepaskan anjingnya. Tapi kami tegur
sebab ia kadang2 masuk laman org dantakut ia terbuang bahan kumuhannya.
Sekarang dia lepaskan pagi dan ptg ajer.. Susah juga hidup berjiran dgn
pelbagai kaum ni tapi sikap toleransi mesti ujud utk kekalkan
keharmonian. Kita tak blh halang budaya mereka dan sebaliknya. Pandai2
ler korang, mcm aku dah duduk sini 34tahun, dah cukup paham budaya India
dan Cina ni... 1 Malaysia katakan.
Kalau ada masalah jumpa dengan Pengerusi JKKK atau Tok Sidang kau,
jangan gaduh-gaduh. susah kalau dah berjiran ni gaduh-gaduh hanya pasal
kita tak boleh bertoleransi. Tapi aku rasa dalam hal-hal macam ni baik
jumpa Pengerusi Taman sebab ahli-ahlinya semua penduduk Taman so semua
kaum ada yang jadi AJJK.
Lagi senang slow talk...
0 Ulasan