Pernah kena audit. Sesiapa yang pernah bekerja mesti pernah melalui kena
audit atau paling seronok mengaudit orang.
Aku lak kerja kilang manufacturing ni , dah lali dengan audit ni.
Macam-macam audit, dari ISO9001:2008, ISO14001:2004, UL, customer audit
dan berbagai audit pehh..memang banyak mengajar aku.
Mengajar aku buat data dengan kemas dan mengajar aku jadi kaki kelentong.
Dan juga ajar aku perkara-perkara baru yang menarik. Itu aku tak sangkalkan.
Tapi perasaan bila nak kena audit ni yang tak syok. Lebih-lebih lagi
bila kita tahu customer yang nak check tu detail sangat...sikit-sikit
nak kasi CAR/PAR ( bukan kereta tapi Corrective Action). Time tu ler
muka aku bengis jer... boss lak asyik tanya dah prepared ke
belum...TENSION..
Hari ini aku ada audit SIRIM ISO 9001:2008... aku kalau SIRIM auditor
aku tak kisah sangat kerana dia orang memang pakar dalam audit-audit.
Bende kecik-kecik ni dia orang kasi lepas, kalau yang besar tu kalau
kena CAR memang salah kita. Itu best SIRIM auditor- PROFESIONAL..
Yang tak best auditor yang tak profesional, kalau sekadar lupa nak sign
satu form tu..kecoh lebih-lebih....Itu aku menyampah. Kadang-kadang aku
nak ajar dia orang apa tu audit!!!
Audit adalah melihat keseluruhan sistem samada berjalan lancar atau tak,
ada loop yang besar tak. Itu audit -check sistem. Bukannya nak check
sign kau lawa tak lawa kerr, atau sign senget ker tau kertas tu kotor
kerr.. Jenis auditor macam tu aku benciii... nak melawan kang kena lagi
banyak CAR, lalu dengan hati bengkak senyap ajer...
Satu lagi jenig gender auditor, aku paling takut kalau pompuan yang
audit. Pompuan ni memang cerewet sikit, jenis bukan cincai. Kalau lelaki
boleh ler buat bincang, dia buat-buat tak nampak ajer. Tu sebab ramai
orang yang sakit jantung kalau boss dia orang pompuan....ini fakta
maaa....hehehehehe.
Jadi auditee ( orang yang kena audit) ni kadang-kadang banyak dosanya,
asik nak menipu ajer. Jangan ler kata setiap kali audit kau orang tak
pernah membohong. Potongjari aku kalau itu yang berlaku. Mesti ada sikit
lakunan mimik muka yang menyiakan pembohongan kau depan
auditor...hahahahaha.
So bulan ni aku banyak audit...lemah badan. 3 hari SIRIM IS0 9001 :2008,
new model process audit, Internal ISO14001:2004....Hai..apa nak buat dah
kerja buat ajer lerrr..
0 Ulasan