Kerja kahwin ambil gambar

Kerja kahwin ambil gambar

Bagai pinang dibelah dua
Hari ini jadual aku ketat, pertama aku kena hantar mak aku pi kursus Umrah kul 9.00am dan kena ambil kul 12.30pm. Pada masa yang sama kul 10.30am ada orang hantau barang kat umah. Dan paling akhir ada kerja kahwin kul 1.00pm.
Kelam kabut aku terlari sana ke mari kejar masa!!! lari naik kereta lerr..hehehe
Aku nak cerita pasal kerja kahwin, ni Pak Guard kat kilang aku anak dia kerja kahwin. Aku ngan members aku memang baik ngan Pak Guard ni..alah..beli air kat belakang..hehehehe.
Berkali-kali dia ajak aku datang umah dan berkali-kali setiap hari jumpa cerita pasal kerja kahwin anak dia.Halwa telinga aku sampai nak  jammed..
Aku minta kebenaran nak amik gambar, dia benarkan.
Aku nak cuba amik outdoor punya gambar dengan sinar matahari, macam mana resultnya.
Kul 1.00pm aku sampai..memang rezeki aku masa aku tiba sama dengan pengantin lelaki lak..Aku gegas capai kamera aku dan siap sedia. Tapi aku cari Pakcik tu dulu, tunjuk muka dulu. Aku tak makan tapi siap sedia nak amik gambar. Jumpa member kilang ikut pengantin lelaki bertandang- Mr.Isa aku punya kilang punya pakar teknikal kat Moulding...
Aksi aku bermula sebaik sahaja pengantin lelaki melangkah masuk dengan kompang..
Aku buat muka tak malu dari pengantin lelaki bertemu dengan pengantin perempuan..hingga ada pertunjukkan silat ...hingga ke pelamin.Dan tidak dilupakan aku ambil gambar bapa pengantin.
Tapi cuaca panas hanya helah di tengah hari, tiba-tiba mendung giler macam nak hujan. Aku ni fobia ngan hujan so aku pun cabut balik. Tapi sebelum tu aku makan dulu.
Puas dapat ambil gambar anak Pakcik tu, tak berapa cantik (bukan pengantin tak cantik tapi gambar aku) sebab ia majlis acara so kepantasan diperlukan ( itu alasan..hehehe)
Orang punya ler ramaii..pakcik tu kata tumbang 2 ekor lembu..dan nasi 50 atau 5 gantang aku kurang dengar. Tapi memang ramai..anak last..Tahniah pakcik anak melangsungkan perkahwinan..tapi sesekali tengok pakcik pakai  baju batik nampak hensem gak..kalau tak asik uniform guard tu ajer...hehehhe

Catat Ulasan

0 Ulasan