Krisis Lelaki Pertengahan Umur

Krisis Lelaki Pertengahan Umur

Aku ada baca satu artikel dan menarik minat aku. Tajuk seperti diatas..hehehe.

Artikel ni kata lelaki pertengahan umur, nak masuk 40an atau ke atas akan mengalami satu proses organik iaitu kecenderungan dan keupayaan seksualnya akan merosot -iaitu simbol kelakian yg paling utama. Masalahnya mereka menafikannya yg mereka tak power lagi. So ada beberapa cara penafian perasaan yg dilakukan oleh lelaki spt mengubah perasaan tersebut kpd cita2, agama,sukan atau hobi baru.
Cara lain ialah mengoda wanita yg lebih muda. Selain itu perubahan gaya,tabiat pemakanan tata laku sosial juga akan berlaku.

Pehh!! Aku tak percaya. Pertama hobi baru aku ber blog dan kamera..merupakan salah satu ciri krisis pertengahan umur ker. Kedua perubahan tabiat pemakanan yg aku tengah diet juga merupakan ciri2 krisis umur. Issk..kalau bini aku baca artikel ni mau tahap gaban dia kat aku. Sebenarnya utk lelaki tahap seksual amat penting dan apabila  ia merasa kehilangan mojo dia org akan melakukan perkara-perkara yang disebut tadi..kekeke. Aku lak.,ok dan mantap lagi. No komplen setakat niiiii... Okey...emmmm..

Apa raa.. Artikel ni. Walau apa pun, kepada sesiapa yg baca ni dan terasa macam terkena tak perr, artikel ni kata ni perkara biasa dan kalau dah tau, bertindaklah secara rasional..org tengah risau kadang2 lupa..kekeke....
 

Catat Ulasan

0 Ulasan