Nasib jurugambar amatur

Nasib jurugambar amatur

Annual dinner kilang dah berakhir. Tugas yg dipikul sebagai jurugambar
dah tamat.

Nasib baik ada rakan2 yg bantu. Nanti aku cerita pengalaman amik gambau.
Hari ni nak cerita keburukan jadi jurugambar.

Keburukan yg paling teruk ialah gambar kau tak ader orang nak amik. Dari
pukul 9am hingga 7 malam aku dah amik lebih kurang 500 shot gambar dan
gambar aku hanya ada 2 keping dalam kamera aku, itu pun ada shake sikit.
Dan kamera member lain ada dalam 4 keping. Pehh!! Sedih aku.. Dah lah
penat terlari2 ke sana ke mari, gambar sendiri tak ader. Leceh gak pakai
kamera DLSR ni, tak ramai yg paham. Walau pun pakai auto still NG kerana
kamera macam ni ia pakai view finder ( alah, kena dekatkan mata kat
lensa, macam dulu2 punya kamera) tak macam digital kompak pakai live
view, senang agak.. Tu juga keburukan yg aku alami masa dinner nak suruh
org amik gambar aku.

Lain2 tak ler mencabar sgt, cuma layan karenah jemputan yg nak
bergambar. Ok ler tu, kalau dia orang tak panggil kecik lak hati
aku..hehe. Sekurang2nya dia org percaya kat aku dan kamera baru aku. Apa
nak buat, dah tugas aku masa tu kena amik gambar. Lagi pun ni lah
masanya untuk aku try anda error utk belajar teknik gambar dalam event.
Memang leceh tapi berbaloi, byk ilmu aku dpt belajar. Esok nak cari
gambar baik2 dan masuk ke dalam face book..

Catat Ulasan

0 Ulasan