Sejarah jadi kertas teras SPM (Malaysia)

Sejarah jadi kertas teras SPM (Malaysia)


Kenali sejarah anda

Puas!! Itu yg dapat aku katakan atas pengumuman matapelajaran Sejarah
adalah pelajaran wajib yg mesti lulus dalam peperiksaan kebangsaan pada
tahu 2013.
Sejarah adalah tiang budaya dan semangat patriotik dalam mana-mana
negara. Bayangkan bila kamu di tanya bila negara kamu merdeka. Dia
tersengih ajer. Mau tak sakit hati kamu. Generasi yg akan mentadbir
negara tak tau betapa susahnya negara kita nak capai kemerdekaan dan
perasaan org terdahulu yg dijajah.
Ni yg dikatakan generasi Y. Aku tak peduli gen Y ker W ker, O tau KO ker
itu semua hanya peralihan pemikiran generasi. Tapi sejarah negara kamu,
tidak melibatkan kemodenan atau life style anda. Ia melibatkan semangat
cintakan negara. Macam mana nak cintakan negara kalau tak tau tentang
sejarah negara.
Aku bukan ckp besar, semua subjek sejarah aku dari kecil hingga sekarang
semua A. Aku sebagai penduduk Malaysia sebagai contoh memang tau sejarah
negara aku dari KESULTANAN MELAYU MELAKA ke Penjajahan PORTUGIS, BELANDA
hingga ujud NEGERI SELAT. NEGERI MELAYU BERSEKUTU DAN TAK BERSEKUTU,
PENDUDUKAN JEPUN, MALAYAN UNION. MERDEKA, PEMBENTUKAN MALAYSIA dan macam
lagi. Anda tahu?
Banyak lagi kebaikan kisah-kisah sejarah ini seperti sekarang
penyalahaan erti DEB oleh generasi sekarang. Perkauman yang di
api-apikan oleh pihak tertentu. Kalau kita bijak sejarah ni semua tak
akan terpengaruh ngan dakyah-dakyah ini.
Kalau tak tahu baca buku sejarah. Saya kata bukan untuk negara aku
sahaja, rakan-rakan dari negara lain tahu tak sejarah negara anda. Sebab
tu kita sering gaduh sama sendiri krn tak tau betapa payahnya negara
kamu dibina. Kerana kita buta sejarah!!

Catat Ulasan

0 Ulasan