NO RASISME IN MALAYSIA |
tiada apa cacatnya di negara ini.
Keikhlasan dalam perhubungan boleh dilihat dalam jiwa kanak-kanak yang
tidak tahu erti perbezaan kaum ini.
Rasisme wujud hanya dalam pemikiran kita, bukannya dari kebudayaan atau
warna kulit.
Bila kita meningkat dewasa, terma kaum, agama dan budaya menjadi satu
teras yang mendalam. Prasangka tiba-tiba wujud dalam diri kita ini.
Ketidakpercayaan menjadi racun dalam pemikiran kita. Alangkah indahnya
jika kita seperti gambar di atas, bergaul, bermain dan berkomunikasi
tanpa ada perjudis.
Walau pun bukan semua bangsa Malaysia yang majmuk ini bersikap
sedemikian namun sekulit rasa pasti wujud dalam sanubari ini. Pasti
wujud kerana ianya adalah normal, namun jangan lah terlalu mendesak
dalam permainan kaum ini. Seperti yang aku katakan dahulu, biarlah kita
bersaing dalam ekonomi jangan bersaing dalam emosi dalaman seperti
memperjuangkan atau mempertikaikan hak-hak bangsa-bangsa lain.
Bila impian ini akan tercapai, aku sebenarnya rindukan zaman
persekolahan aku yang berkawan tanpa segan silu antara semua kaum.
Pabila semakin dewasa, persekitaran kerja, sosial membuat kita semakin
tersisih antara kaum......
Namun aku percaya ramai yang bersetuju dengan aku, demi kebaikan
Malaysia. sentimen perkauman haruslah di cantas agar kita hidup harmoni
selamanya di bumi bertuah ini.
0 Ulasan