Tempoh Bertenang

Tempoh Bertenang

Satu istilah yang aku minat sangat pakai. Tempoh Bertenang. Itu pun aku dapat dari members aku yang ajau bende ini. Sangat berguna dalam membuat keputusan terutama situasi yang kita serba salah atau budget tak cukup..hehehehe.

Sebagai contoh, anda terlihat satu barangan tu dan betul-betul minat nak beli. Nasihat saya JANGAN BELI ! Disini kita kena gunakan tempoh bertenang. Tempoh bertenang dalam situasi ini adalah berapa lama kita boleh bertahan kalau tak pikir bende ni. Manusia  ini secara psikologi , kalau  dah minat satu barang tu, lepas tu lama-kelamaan dah lupa.

Tempoh bertenang yang kawan saya ajar ialah 7 hari. Dalam masa 7 hari kau rasa tak  membuak-buak lagi nak barang tu, okeylah. Maksudnya kau hanya teruja pada waktu tu ajer. Tapi setelah 7 hari kepala kau masih tak boleh buang bende yang kau nak beli ni... u set lagi 3 hari tempoh bertenang...result masih jugak sama, mahu tak mahu kena beli lerr...

Kebaikan tempoh bertenang ini, kau ada masa untuk memikirkan apa benefit yang kau dapat kalau buat atau beli sesuatu bende tu...Orang melayu kata "berfikir 2 kali sebelum buat sesuatu tindakan".
Berfikir dua kali  untuk aku adalah 7 hari  kesabaran....hehehehehehe.  Ini adalah guideline buat keputusan berdasarkan hari.

Macam aku, nak beli kamera. Mahu 1 bulan lebih pikir punya pikir. Tahap tidur pun tak lena, mandi tak basah...hehehehe. Masa tempoh bertenang aku berfikir, kalau aku beli kamera ini, apa aku boleh buat. Takkan nak amik gambar masa berkelah ajer. Maksudnya dalam setahun aku guna hanya 2 atau 3 kali ajer. Rugi kalau beli.
Sebab tu aku buat website Melaka Photo dan join kawan-kawan yang ada kamera dalam memaksimumkan hobi baru aku ni. Sekarang aku rasa tak rugi beli kamera ini. Cuma rugi aku beli beli grade rendah ajer...hehehehehe.  So setiap minggu, ada sahaja aktiviti aku dengan kamera baru aku ni. Esok nak pergi amik gambar kat Taman Botanical Garden dengan model cun....hemmmm...

Selain itu tempoh bertenang yang dah aku advancedkan ialah tindakan masa tengah marah2 ( tapi biasanya GAGAL..kekekeke), Masa kita tengah marah seseorang tu, kita bersabar. Dalam masa 7 hari, kita dah cool maka okey ler tu. Dalam masa 7 hari masih geram lagi, aku jumpa mamat/awek tu talk face by face. Ingatlah marah adalah mainan syaitan. Manusia termulia adalah manusia yang dapat menahan amarahnya.. (kecuali tempat kerja).

Thanks to my friend Mr. Nasir yang telah mengajar aku bende ni, dan aku akui amat efektif dalam perjalanan hidup seseorang. Jika kita amalkan lerrr....

Catat Ulasan

0 Ulasan