![]() |
Iklan blog dan website aku |
Pengiklanan adalah salah satu cara dalam mengiklankan blog atau website. Tapi modal diperlukan untuk mengiklankan blog/website anda. Macam aku yang buat blog hanya untuk kepuasan hati dan free punya laman TAK MUNGKIN nak promosikan blog aku ni....
Tapi kali ini aku bernasib baik kerana kawan aku (Mr. Vasuthavan) telah memberi peluang pada aku untuk mempromosikan blog aku. Bukan di surat khabar tapi persatuan anjuran kelas anak dia. Untuk pengetahuan anak dia ada pertandingan karate open Melaka. anjuran Persatuan Karate -Do Melaka. Persatuan ini telah meminta ibubapa untuk cari sponsor dalam booklet mereka dengan bayaran yang tertentu. Members aku telah meminta supplier dia menyumbangkan dana. Tapi kebanyakkan mereka memberi cash money dan beliau rasa rugi kalau kasi begitu sahaja cash so dia tawarkan aku buat iklan kat booklet Karate-do Melaka.
Dia memang tahu minat aku mengambil gambar baru-baru ini dan dia kata nak sponsor aku promotekan diri aku....hehehehehe. So atas alasan itu aku print muka aku sedang pegang kamera nak promotekan diri aku...kekekekeke.
Walau apa pun aku tak pakai blog address aku dalam promosikan blog aku. Aku gunakan website Melaka Tourism ( http://hanifidrus.weebly.com/) aku sebagai landasan iklankan diri aku. Takkan aku nak gunakan blog personal aku dalam iklankan diri aku . Nampak macam tak kena ajer...macam perasan ajer..hehehehhe. Tapi dalam website aku, ada aku selitkan link blog aku jugak untuk label blog tips.
At least ada usaha terbaru aku dalam menjayakan website Melaka Tourism aku. Dan menaikkan semangat aku untuk mengambil gambar.
Thanks to my friend Mr. Vasuthavan dalam merealisasikan salah satu kaedah advertise blog anda. Anda boleh baca "Ways to Advertise Your Blog " dalam entri saya yang terdahulu.
1 Ulasan
eh.. ade la..