Blogger Ketandusan Idea

Blogger Ketandusan Idea

Aku sebenarnya ketandusan idea, idea ketandusan disebabkan masa yang
mencemburui aku. Bulan lepas, aku mampu letak 2 atau 3 entri perday
untuk blog. Sekarang ni nak letak satu entri pun susah. Draf blog memang
dah ada tapi nak updated pula susah. Maksudnya tajuk cerita dah ada tapi
jalan cerita belum ada.
Aku rasa ini akan dialami oleh semua blogger. Ketandusan idea untuk
menulis. Seperti mana aku yang pecahkan 3 katogeri blog aku iaitu
Santai, Blog tips dan Melaka View pun hadapi masalah yang sama. Hingga
aku terpikir untuk menulis dalam bahasa Melayu tentang teori kamera
pula.Tapi tentang entri kamera bukan cara-cara ambil gambar sebab aku
pun bukan pandai sangat. Tapi cara penggunaan Camera Canon 1000D. Aku
mula-mula beli dulu mengambil masa nak memahami fungsi kamera ni, tapi
aku bernasib baik kerana ada sifu (Mr. Thin) sudi ajar aku. Dan aku nak
gunakan apa yang aku belajar kepada semua orang.
Sama macam blog tips aku, apa yang aku pratik dalam scratch buat blog
hingga kini. So orang lain yang nak mulakan blog hanya perlu baca
turutan blog aku tentang label blog tips dah boleh jadi
blogger..hehhehe. Tapi basic knowledge ler.
Amacam okey tak idea aku ni..Mempelbagaikan tajuk, alah macam buat
bisnis kita pelbagaikan produk...hahahaha. Kalau produk tu kurang
laku,kita jual produk lain lak...
Satu lagi aktiviti terbaru aku yang memang suka bergambar, membataskan
idea aku. Sebagai contoh minggu lepas hari Sabtu ada Family day (dah
buang satu hari) dan Ahad lak ada amik model kat Mini Malaysia. Untuk
aktiviti penggambaran sahaja kena buang masa satu hari siap dengan ambil
gambar,edit gambar dan tulis aktiviti. Tapi dari segi entri aku lost
sebab satu hari aktiviti aku hanya dapat publish satu entri sahaja. Apa
nak buat..kekekekke.
Tapi berbalik pada prinsip blogging. Adakah semata-mata blog untuk
dapatkan traffic. Bukankan ? Ianya adalah lontaran idea yang kita ingin
luahkan dan didengari oleh semua orang. Itu sebenarnya blogging. Bukan
entri yang kita kejar.
Tapi aku rasa macam sakit badan kalau tak publish paling-paling kurang
satu entri. Jiwa tak tenang!!
Dah biasa....Help me!!!!!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan