![]() |
Team Indonesia Piala Suzuki |
![]() |
Team Malaysia |
Manusia ni kan selalu salah faham .....
So kalau aku join Benci Malaysia sekurang-kurangnya bila orang tanya aku boleh jawab nak tengok gelagat mereka.
Kalau aku join Benci Indonesia, mesti rakan-rakan FB aku dari Indonesia akan salah faham...
Lawak gak aku baca facebook ini tentang FB benci Malaysia ni...
Sebenarnya banyak laman FB tentang benci Malaysia ini tapi aku pilih yang ini sahaja sebagai rujukan pemahaman aku.
Apa hal kena ngan mereka aku tak tahu...
Mengikut perasaan yang membuta tuli hingga membuang unsur-unsur ketimuran yang penuh dengan adab dan bahasa yang tinggi.
Itulah nilai Bangsa Nusantara ( ayat yang sering aku gunakan dalam hubungan Indonesia dan Malaysia)
Apatah lagi bahang panas bolasepak antara Malaysia dan Indonesia yang akan berlangsung tak lama lagi...
Memang menarik untuk melihat pertelingkahan picisan sebegini.
Pertelingkahan keanak-anakan oleh warga manusia yang dewasa.
Jika anda sering membaca blog aku, anda pasti melihat aku 2 negara ini sebagai abang dan adik.
Selalu bergaduh tapi mesra.
Tapi jangan keterlaluan hingga menjatuhkan maruah diri kita dengan menggunakan bahasa yang kesat.
Dan orang yang demikian memang rugi di dunia ini kerana tugasnya melagakan orang dan memaksa seseorang menyetujui pandangan sempit mereka.
Aku hanya insan kecil yang mampu melihat....
Aku ingat nak attach gambar FB Benci Malaysia tapi gambarnya agak kotor... tak jadi!!!!!!!!!
0 Ulasan