Follower Google Friend

Follower Google Friend

Follower Google aku semakin bertambah! Jika dikira dalam peratusan kenaikan berbanding setiap bulan. Aku boleh katakan kenaikan 100% ke atas. Ini semua disebabkan kerajinan blogwalking aku dalam bulan ni.
Tapi hairannya kadar pageview aku turun sikit bulan ni. Aku tak suka guna ayat follower. Dalam bahasa Melayu kata pengikut. Macam tak best. Topik follower ni aku dah hurai dalam entri aku mengenai Twitter. Untuk dapatkan follower aku kena rajin blogwalking. Ada sesetengah blog tu aku kagum constant dengan blogwalking mereka. Macam kat dalam shoutbox, ada blogger tiap2 hari komen dalam kotak jerit aku dan beritahu entri mereka. Ertinya dalam meransang blog kau mesti terus jalan2 ke blog orang lain secara tetap.

Dan inilah yang susahnya, iaitu masa. Tapi aku cuba kekalkan apa yg ada. Aku pun kini pergi dalam 4 blogger yang sama tiap2 hari dan blog2 yg lain. Seronok tgk follower makin ramai. Dan kini aku pun komen kat entri mereka yg aku jenguk. Bukan jerit kat shoutbox ajer. Itu tanda aku datang kat sana bukan datang kosong. Aku menjelajah dan paling bodoh pun aku mesti baca entri mereka. Dan kini aku tambah satu lagi, klik nuffnang diaorang. Masa utk satu blog kalau aku terjah dalam 6minit. Tapi kalau iklan nuffnang tu panjang macam tadi ajak main digi blackberry, lebih ler cikit.. Tak per, ni nak membantu blogger2 lain. Kalau nak bantu buat dari A sampai Z. Jerit kat shoutbox, baca entri, buat komen dan klik nuffnang..kekeke. Ingat kawan2, nuffnang tak suka kalau suruh kita klik2 iklan2. Nanti kena banned..hahahaha.

Catat Ulasan

0 Ulasan