Gambar dan tiket keretapi

Gambar dan tiket keretapi

Pada 18hb aku bawa mak aku ke Tampin beli tiket keretapi pergi
Taiping. Memang cukup jauh dari Bandar Hilir ke Tampin. Mak aku kata
naik bas. Aku kata naik keretapi selamat. Maka bermulalah perjalanan
bawa kereta ke Tampin, yang memakan masa hampir 50minit. Dan pada masa
yang sama aku semangat nak ambil gambar landskap stesen keretapi.
Sampai sana, kecewa aku kerana stesen keretapi dalam proses
pembangunan. Jambatan besi antara landasan dah tak der. Gerabak2 tak
der. Belakang stesen tengah buat bangunan. Yang wujud jalan keretapi.
Frust aku, tak jadi amik gambar. Yg berjaya hanya beli tiket aku ngan
mak aku pada 24hb ni kul 12.50pm. Aku memang teringin nak ambil kerana
stesen keretapi kat Malaysia masih kekal seni lamanya. Dan itu hari
ada tengok FB kawan2 foto amik gambar kat stesen keretapi macam best
ajer. Apa nak buat, pembangunan harus diteruskan. Tangan dah gian nak
mengetik kamera!!

Catat Ulasan

0 Ulasan