Baru-baru ini harga mintak RON97 naik dan harga gula pun naik. Aku tak mahu mempersoalkan atau mencaci benda-benda ini kerana dah terlalu banyak yang bercerita tentangnya. Persoalan aku kenapa harga benda utama ini dinaikkan pada waktu-waktu yang getir untuk kerajaan.
Kerajaan atau khasnya BN tahu rakyat amat sensitif tentang kenaikan harga minyak atau gula. Dan mereka tahu bahawa kenaikan barang-barang ini akan memberi kemudaratan kepada mereka dan sebagai modal untuk pihak lawan ambush mereka. Apatah lagi, ura-ura pada tahun depan akan di adakan pilihanraya umum.
Pada masa inilah, kerajaan mesti mengambil hati rakyat. Kalau boleh turunkan harga barang-barang, kasi subsidi pada rakyat, betulkan jalanraya yang berlubang (terutama Melaka jalan lubang menjadi trend kalau ke Melaka), buat fasiliti2 kebajikan seperti klinik-klinik dan imbuhan dari segi ekonomi dan sosial.
Tapi sebaliknya berlaku, masakan pihak kerajaan tidak menganalisis perkara ini. Takkan mereka begitu bodoh dalam membuat perancangan ini. Aku naik pening memikirkan perkara ini. Adakah ini strategi pihak kerajaan ingin melihat reaksi rakyat terhadap sokongan kepada mereka. Cubaan awal dalam kekuatan BN. Melalui pengalaman lalu meraka tahu bahawa isu minyak ini pernah menjadi begitu panas sekali dan sokongan rakyat terhadap mereka luntur sama sekali.
Dan melalui permerhatian aku sebagai rakyat biasa, melihat reaksi yang sama iaitu marahkan kerajaan naikkan minyak dan gula. Dan aku merupakan salah seorang yang tension minyak dan gula naik..hehehehe. Tetapi kadar ketidakpuasan itu rendah berbanding dahulu. Tidak kedengaran suara-suara sumbang yang terlalu negatif. Yang peliknya mereka masih menyokong BN, terutama PM Dato Najib.
Betul tak aku cakap ? Tanya diri anda sendiri.....hahahaha.
Dan jika benar ini adalaha satu ekperimen daripada kerajaan maka aku boleh katakan ia telah berjaya.
Itu pendapat aku ler.....as a pemikir politik jalanan.....
1 Ulasan