Keretapi dan Kebosanan

Keretapi dan Kebosanan

Ditaip pukul 4.15pm di atas keretapi. Aku tengah boring ni, kat atas
keretapi. Ada tv tapi tak berfungsi lagi. Aku rasa dah 2 tahun aku tak
naik keretapi, dulu pun sama tv rosak. Peh!! Sampai sekarang tak OK
lagi. KTM walaupun memang tak menguntungkan tapi jangan ler
Kementerian anak tiri dia. Kasihan pada penumpang macam aku ni. Lagi
satu kantin dia lak, kat tengah2 pintu antara gerabak keretapi.
Makanan boleh tahan mahal. Bihun dalam bekas microwave tu RM4. Mak aku
kata keras bihun. Aku kata ni bukan beli kat warung..untuk menyedapkan
hati aku...kekeke. Dulu ada kantin khas gerabak. Entah ler, aku tak
jumpa pun. Tapi ada perkara yang tak berubah, aku masih boleh merokok
dengan mudah. Siap boleh buka pintu keretapi lagi, itu pun mamat
kelindan KTM ( Pekerja KTM) yg tunjuk ajar lagi...kekeke. Aku kan
mesra alam...hahaha. Aku hulur rokok Dunhill aku yg berharga RM10, dia
tak nak kerana tak merokok. Betapa ruginya dia..hahaha, hilang satu
nikmat dunia. Berbalik pada cerita keretapi. Ni ler perbandingan yang
aku dapat lihat setakat 3 jam kat dalam keretapi ni..lepas ni blog aku
sudah tentu cerita suasana di Taiping..

Catat Ulasan

0 Ulasan