Percubaan ketiga ambil gambar kerja kahwin. Kali ni kat Taiping, abg
ipar aku punya adik. Sekaligus 2 org sekali. Tadi pagi mula2 datang
aku agak boring tapi dalam kul 1pm, pengantin pertama dah datang. Aku
dah start amik gambar. Ada gak fotographer yg diupah, tapi aku tgk dia
punya equipment tak der. Sama mcm aku bawa. Flash external pun tak
der. Apatah lagi lensa 100mm. Dia pakai 55mm dan flash build in.
Aiik..dalam hati aku tertanya2.. Lantaklah, janji gambar cantik udah.
Yang aku benggang masa amik gambar dalam rumah, dia siap suruh aku
ubah pakai night potrait sebab gambar gelap. Aku mengiyakan ajer, aku bukan tak mahu tapi tak best pakai auto2 ni. Dan aku pun malas nak pakai flash, nanti ganggu photographer lain yg memang dibayar buat kerja. Aku ubah balik pakai M dan rendahkan shutter speed dan tinggikan sikit ISO. Tujuan aku hanya nak belajar angle amik gambar pengantin. Kualiti pun penting. Aku pakai flash, bila btl2 perlu. Boleh tahan penat gak, 2 pengantin. Terkejar2 aku. Tapi result bolehtahan gak. Nanti aku download kat facebook dan blog ni yek.
0 Ulasan