Kerja penat dan tiada keadilkan. Ya ker?????

Kerja penat dan tiada keadilkan. Ya ker?????

Dalam dunia pekerjaan ni kadangkala memang kejam. Kejam apabila di
momokkan tugas dan tidak dihargai. Untuk situasi sebegini, kita akan
sering mengeluh. Aku sama seperti insan2 yg lain, akan mengambil
tindakan negatif. That ok!!!Tetapi aku paling tidak minat apabila
berlaku perbandingan kerja dia senang. Duduk dalam pejabat. Kerja aku
susah duduk kat production line dan panas lak tu. Macam mana mereka tahu
kerja pejabat tu senang dan macam mana lak org dalam opis tu tahu kerja
kau susah?

Penat atau susah dalam sesuatu kerja tu subjektif. Bukan boleh
dinilaikan. Dan juga makna seseorang tu kerja senang atau tidak bukan
kita dapat nilaikan kerana kita tidak lakukan tugas mereka. Cuba buat
dan lakukan tugas mereka, then baru kau tahu senang atau susah. Apa yg
aku tahu sesuatu kerja itu menjadi tension jika ujud masalah. Sebagai
cth bila reject banyak, maka kau terpaksa buat report, buat proses, boss
tegur kau dan lain2 lagi. Dan kadang kala, masalah itu bukan punca dari
kau. Kau pun kena marah...hehehe. That life of working. Itu punca utama
susah atau senang kerja kau. Oleh itu, jangan buat masalah!! Kedua,
kerja kena ada sistem. Jgn bantai ajer. Macam leader aku, tension kerja
byk kerana tak der guide line asas dalam melakukan sesuatu tugas. Kelam
kabut!! Result yg kita dapat, lagi banyak masalah!! Ketiga, ialah
informasi. Org tak akan tahu kau byk kerja atau tak, jika kau tak
bersuara. Kau kena bersuara tapi dgn cara yang betul. Jangan asik nak
melenting ajer. Baru ler management tau kau ni sibuk. Senyap tak bererti
kau bagus. Untuk aku itu tanda org tu kena buli..hahaha. Keempat, mesti
ada data. Kau sibuk, apa data kau. Tunjukkan dan kecohkan!! Dan kemudian
bersama2 manegement study problem.

Kelima, jika kau seorang ketua. Sentiasasiap sedia utk abnormaliti.
Sebagai cth jika tiba2 ada tambahan kerjadan masalah. Itu diluar
kebiasaan. Buat meeting, aplikasi sistem kerja, check data dan inform
management idea kamu. Jika tak boleh juga, inform pada management apa
tindakan anda tapi masih gagal juga. Baru management tolong kerana anda
ada ambil action, bukan mengadu ajer. Setelah semua tu kau buat,
management tak ambil peduli. Lu pikirlah sendiri!! Tapi jangan sesekali
buat perbandingan keanak-anakan kerja org tu senang dan kau ajer org
paling sibuk kat dunia. Kau ajer nasib paling malang. Kau ajer paling
penat. Kau langsung tak bersalah. Untuk aku jika anda seorang staff
dalam kedudukan kerja anda. Kerja anda tak penat!!
Untuk aku leader atau operator insan yg paling penat kerana mereka org
dalam hireaki terbawah. Buat kerja dia org dan rasakan tension mereka,
kemudian lu jumpa gua beritahu kerja lu penat atau tak adil!! Aku tulis
blog ni adalah pembakar semangat dan mengubah minda kita yg selalu
berfikir negatif....hehehehhehe.
Tapi bila kau baca balik entri ini macam emosional ajer...kekekekek.
Bukan emo tapi tetiba semangat nak menulis datang...
Selamat membaca

Catat Ulasan

0 Ulasan