Aku tiba di Melaka pukul 6am. Untuk pengetahuan aku cuti 3 hari dari
Jumaat pergi ke Taiping rumah kakak dan hantar mak aku sekali.
Berbalik pada cerita, sampai kat bus stand aku terus pergi kat teksi
nak balik umah. Kena RM20 hanya perjalanan 15minit. Mahal betul tapi
aku terima ajer sebab malas nak jalan kaki lagipun barang banyak. Itu
hari aku jalan kaki, cabaran betul!! Jumpa segerombolan anjing dan
ambil masa 1 jam berjalan kaki!! Sampai umah aku tengok kat laman umah
macam kotor ajer. Dalam hati aku dah tahu banjir hujan. Mula2 aku
letak beg dan tidur dulu. Kul 8.30am aku bangun dan cuci lantai depan.
Tembak ngan air tak jalan, aduss... aku amik mop campur ngan sabun dan
klorox aku. Lepas tu aku tembak ngan air. Mahu 2 jam gak. Tadi
berborak ngan nyonya sebelah umah dia kata hari Jumaat air pasang dan
hujan lebat. Sempat dia tunjukkan kasut mak aku tersadai kat kawat
pagar. Nasib baik mak aku tak der, lepak Taiping lagi satu minggu.
Akhirnya selesai tapi kat dapur aku belum mop lagi..hehehe. Kul
10.30am aku pergi umah mak mentua, nak hantar anak bayar yuran
sekolah. Tapi nasib baik bini aku dah hantau. Dalam kul 11.30am aku
pergi bayar saman parking keta dari Majlis Perbandaran. Aku ingat tak
nak bayar, tapi member aku sound nanti kena masuk mahkamah. Surat
amaran dah dapat..kekeke.. Aku ada juga bayar bil2 lain. Jalan punya
ler jammed. Sampai umah mak aku kul 2pm, aku mop dapur lak. Pada masa
yang sama aku cuci baju aku sekali. Kasihan kat bini aku nak suruh dia
cuci baju. Mop dapur blum selesai tapi baju aku dah jemur. Sekarang
tgh updated blog..hehehe. Semangat malas dah datang, mata lak
ngantuk..hissss...
0 Ulasan