Hari ini jalan2 bawa anak-anak dan seperti biasa mengambil gambar Melaka
Photo. Kali ini di Tasik Rekreasi Air Keroh. Melaka ni terlampau banyak
kawasan rekreasi. Sejak aktif aku ambil gambar ni, memang cukup terlebih
aku pergi kawasan rekreasi Melaka..hehe. Tak mahu komen. Tasik ini ada
banyak aktiviti riadah untuk anak muda dan keluarga. Pertama aktiviti
air seperti kayak, basikal air dan cruiser tasik. Tak mahal,naik basikal
air kena RM5 dan cruiser RM3.
Kedua aktiviti mountain climbing. Ketiga aktiviti paint ball(tembak2
pistol). Untuk anak2 memang cukup banyak mainan kat sana. Don't worry.
Lagi satu aku lihat, kita boleh berkelah bawa makanan dan santai dibawa
pokok2. Jangan lupa kemas dah ler. Memang tenang lepak kat sana, tengok
tasik serta alunan angin dan berteduhkan pohon2 besar.
Memanh best ler kalau lepak kat sana.
Gambar akan diletak di laman web rasmi http://hanifidrus.weebly.com/ -
blum letak lagi... Iskk laman web rasmi..kekekeke
0 Ulasan