2 minggu ini aku penat mengajar leader-leader baru di production area aku. Leader aku kebanyakkannya orang baru dan biasalah orang baru buat kerja kelam-kabut dan lepas tu stress sendiri. Tapi ada juga orang lama masih macam tu lagi, kelam-kabut semacam tapi result masih NG (No Good).
Macam-macam aku ajar sampai tahap aku kena tarik handjack kemas barang-barang production yang unknown!!! Belum lagi dikira tahap sakit hati dah ajar-ajar masih juga buat benda sama. Sampai satu tahap aku lak stresss...hehehehehe.
Aku ajar teknik PDCA ( Plan Do Check Action).
Sebelum buat kerja kena Plan dulu . Jangan buat kerja kelam-kabut nanti wrong decision. Bila wrong decision result mesti NG.
Kedua, lepas Plan kita laksanakan (Do), takkan plan ajer tapi kita mesti realisasikan Plan kita.
Lepas Do( laksana) ....kena Check (Periksa) samada Plan dan Do kita ni effective atau tidak. Kadang-kadang apa yag kita plan dan buat tak selari dengan kehendak yang kita mahu atau boss kita mahu.
Jika ada masalah, ambil Action ( Tindakan), untuk selesaikan masalah tadi dengan membuat PDCA sekali lagi.
Satu group tu aku dah khatam ajar, tinggal group yang pagi ini. Aku harapkan technician aku , tapi dia pun masih tak paham-paham lagi. Masih dengan kelam-kabut lagi. Terpaksa turun tangan dengan mulut berbisa aku sekali...hahahaha.
Aku juga ajar 4M (Material, Method, Manpower, Machine/Mould).Analisis punca pemasalahan agar tidak mengambil tindakan yang salah. Untuk leader aku hanya diguna pakai Manpower dan Method ajer.
Ini pun penat juga aku ajar siap dengan procedure kerja jika reject berlaku.
Inilah kerja aku sepanjang 2 minggu, dan result sejak 2 minggu ini reject makin berkurangan dan stress pun kurang pada leader aku. Aku simple, jika reject kurang maka kerja pun kurang!!! Jika reject banyak maka kerja pun banyak!!!!! Kalau tak mahu kerja banyak maka kena kurangkan reject dengan monitor process dan operator. Senangkan...(Cakap senang..kekekeke)
Penulisan di blog ini sebagai luahan hati semata-mata....
Lepas ni nak ajau Shift Leader arrangge manpower jika tak cukup menggunakan PDCA. Ni mahu makan 2 jam ni....huhuhuhu.
0 Ulasan