Pemimpin Berjiwa Rakyat?

Pemimpin Berjiwa Rakyat?

Cerita pendek yang lawak. Kisah benar tapi boleh membuat kita berfikir.
Ceritanya begini, semalam members aku balik dari kerja hujan renyai-renyai . Dia naik motor.
Rumahnya terletak di Alor Gajah dan perjalanan balik mengambil masa 25minit.

Semasa beliau balik dari tempat kerja. Tiba-tiba ada road block dekat kilang baru buka iaitu Sunpower.
Ada polis buat road block disebabkan Datuk Najib nak melaluiu kawasan tersebut.
Nak dekat 10 minit member aku kena tunggu sambil ditimpa hujan yang semakin lebat.

Ada mamat motor sebelah member aku kata "Inikah pemimpin berjiwa rakyat".
Biar rakyat basih kuyup janji dia dapat lalu.
By the way member aku senyap ajer, sebab dia kata polis yang block jalan tu pun basah...hehehehe

Moral cerita ni amat menarik, seorang pemimpin yang menaiki kereta mewah di kawal rapi oleh beberapa anggota khas. Tapi terlupa seketika persekitaran pada masa itu rakyat yang basah kuyup untuk memberinya laluannya.

Itu kelebihannya menjadi pemimpin. Dan itulah harapan rakyat. Biar mereka basah kuyup tapi pastikan kebajikan kita terjaga. Jangan leka dalam kereta yang mewah dan lupakan rakyat yang basah kuyup diluar. Adakala apabila kita sentiasa dikelilingi kemewahan kita akan lupa. Jangan lupa. Kerana semalam kawan aku berbasah kerana mu Dato Najib!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan