Pendinding

Pendinding

Berat rasa nak tulis entri ni, tapi aku rasa baik untuk pengetahuan
bersama. Aku tadi ada tengok cita drama Indonesia tentang jin2
ni..hehe. Dalam budaya Melayu kita pendinding adalah perkara biasa.
Maksud pendinding adalah satu cara alternatif dalam lindungi diri
dalam wacana ilmu ghaib.. Member aku ramai yg pakai bende2 mcm ni dan
terutama yg berniaga. Pendinding ni boleh datang dlm pelbagai bentuk
samada cincin, minyak atau mcm2 lagi. Aku bukan nak cita macam mana
nak buat pendinding. Aku cuma nak g tau bahaya memgamalkan ilmu2 ni.
Tadi aku tgk dalam drama tu, ada satu kata yang memberi signifikan kat
aku. Sebagai contoh, kau pakai cincin, dan org yg beri cincin tu kata,
cincin akan jadi lebih power kalau kau sembahyang 5 waktu dan baca
Quran. So kau buatlah, dalam hal ni anda mungkin termasuk org2 yg
syirik kerana kamu buat bukan krn Allah kerana cincin atau jin tu yg
beritau kat kau. Sebab aku ckp macam ni, krn ramai kawan2 aku selalu
kata pendinding yg dia org pakai jin islam. Dan kau kena selalu
sembahyang..kalau tak jin tu lari. Disini saya ingin ingatkan nawaitu
kena betul yek.. Tak guna kita tunggang tonggeng sembahyang tapi untuk
apa, supaya jin kamu tak lari? Entahlah. Ni persoalan yg menarik. Dan
aku bersyukur kerana menonton cita ni, kerana ia mengingatkan kita
akan perkara yg kecil tapi impak yg besar. Kau org faham tak baca
entri aku ni...hehehe. Susah aku nak entrepetkan bende ni.

Catat Ulasan

0 Ulasan