Penyembur Wangian Automatik Kereta

Penyembur Wangian Automatik Kereta

Air Wick - bukan promote
Pernah tak kau orang hadapi masalah nak wangikan kereta. Mahu tak mahu terpaksa beli pewangi kereta dan letak dalam kereta dan  kadang-kadang beli pemyembur wangian. Masalah pewangi kereta ni biasanya cepat habis, mana taknya letak kat depan dashboard kena matahari, cepatlah habis.
Kalau beli penyembur wangian lak, tiap-tiap hari kena sembur, lepas setenagh jam dah  tak wangi...
TAPI JANGAN RISAU!! Kini ada satu produk yang biasanya pakai kat rumah tapi sesuai  letak kat kereta. Kereta kau memang wangi giler sentiasa..setiap saat.

Ceritanya begini masa kau tengah jalan-jalan kat Tesco, aku ada nampak satu produk Air Wick yang menyemburkan wangiannya setiap 30 saat ( tapi kita boleh adjust). Harganya pun tak mahal dalam belas2 ringgit ajer. Dan boleh top-up botol pemicitnya- harganya pun kalau ikut produk TESCO baru RM4.

Mengikut penggunaan aku boleh tahan 2 minggu dan ertinya kena 2 kali top up tin penyembur tu. Badan Air Wick tu tak payah tukau, beli sekali dah boleh pakai sampai bila-bila. Bateri dia setakat 2 bulan aku pakai tak habis-habis.

Memang ada jual penyembur automatik untuk kereta tapi mahal bro. Lagi-lagi kalau kau kaki D.A.D atau VIP perhhh mahu pikir 2 kali. Beli ajer Air Wick tu dan selitkan kat mana-mana area kereta kau. Yang penting wangi sentiasa. Aku pakai OK ajer..

Catat Ulasan

0 Ulasan