Piala Suzuki ( MAL vs IND)- Cerita Disebaliknya!!

Piala Suzuki ( MAL vs IND)- Cerita Disebaliknya!!

Tahniah di ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala
Suzuki 2010.
Kemenangan bukan kayu pengukur yang sebenar dalam melihat kekuatan kita
tapi usaha yang terbaik kedua-dua pasukan.

Saya di disini bukan naka menilai tau memuji kehebatan mana-mana pasukan
kerana saya rasa ketika ini dah terlalu banyak analisis dan komen
dikeluarkan.
Apa yang ingin saya katakan lebih kepada penilaian sikap pemain Malaysia
dan Indonesia.
Sebenarnya sebelum perlawanan ini saya amat bimbang akan perkembangan
acara panas ini apatah lagi ketika ini hubungan rakyat Malaysia dan
Indonesia agak membimbangkan.
Namun perlawanan semalam memberi impak sebaliknya..

Pertama melalui perilaku pemain-pemain Indonesia dan Malaysia bermain
begitu profesional sekali. Biasalah dalam perlawanan bolasepak sudah
semestinya ada sepak terajang bukan sahaja bola tapi pemain sekali..!!!!!!
Terdapat kekasaran yang berlaku namun tahap kesabaran yang tinggi
ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amat tinggi. Mereka tahu pada ketika
itu merekalah adalah tunjang harapan negara dan segala perilaku yang
sumbang pasti akan membri impak pada keseluruhan negara!! Best team for
both team..

Kedua adalah sikap penyokong Indonesia yang saya tabik tinggi. Memang
best!!! Dan saya ingatkan sekali dalam mana-mana permainan bola sepak
pasti ada penyokong fanatik samada kelab atau negara. Itu perkara biasa.
Ini termasuk penyokong Malaysia sekali...
Semangat bola boleh di lihat jelas apabila Malaysia menjulang piala
menerima tepukan dari segelintir penyokong Indonesia.

Apa yang terjadi? Selama ini apa yang saya baca mengenai
memburuk-burukkan Indonesia dan Malaysia hanya omongan kosong sahaja.
Terbukti dalangnya, media yang memainkan sentimen perasaan tersebut dan
juga terlalu kecil segelintir rakyat samada Malaysia dan Indonesia yang
jumud, menambahkan pedas!!!
Semalam hati saya senang melihat perlawanan semalam hanya seketika
sahaja. Dengan perasaan debaran dan mendengar rakan-rakan memberitahu
perlawanan semalam profesional termasuk penyokong Indonesia. Memberi
gandaan kegembiraan!!!!!!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan