Susahnya buat website bergambar

Susahnya buat website bergambar

Aku setiap minggu updated website Melaka Photo aku. Setakat ni dah ada 12 pusat pelancungan yg aku buat. Bukan senang nak buat website bergambar ni.

Pertama kau kena ambil gambar. Bermaksud kau mesti ada masa! Masa ambil gambar, tak boleh sesuka hati. Mesti menunjukkan keseluruhan cerita tempat tu. Maksimum gambar yang aku target setiap pages hanya 6 gambar sahaja. Tu yang payah, kadang2 6 gambar tak cukup. Dan kadang2 gambar yang kita ambil tak menyeluruh tapi nilai seni lak cantik ( cantik bermaksud members puji, bukannya kau perasan gambar kau cantik..hehehe). Kena buat keputusan.

Dah ambil gambar kau kena check dulu semua gambar. Mana-mana gambar yang tak cantik kita kena edit. Aku biasanya tak edit, aku suka yang original. Tapi kalau tak cukup gambar, aku kena edit. Lagi satu, aku guna website percuma, maksimum size gambar 5MB. Kalau besar sangat dia tak terima, suruh kau bayar..kekeke. Biasanya kamera DLSR ni saiz besar2. Kalau besar sangat kau kena cropkan dulu.

Yang paling leceh, setelah kau amik gamba, pilih gambar,crop atau edit gambar, kau kena download lak. Download paling aku menyampah, kena tunggu sikit punya lama. Bayangkan kalau 6 gambar!! Dah download kau kena tulis sikit kat gambar tu pakai caption.

 Lupa lak, takkan kau nak letak gambar ajer, kau kena tulis sikit tentang kawasan pelancongan yang kau amik gambar tu. Memang leceh, tapi minat atasi segalanya. Aku pun dah rancang, sekarang pakai lensa 50mm, bila aku dah beli lensa 100mm dan tripod aku nak ambil balik gambar semula. Kasi cun sikit..

Payah buat yek, oleh tu jenguk2 ler website aku 'http://hanifidrus.weebly.com/' atau kat blog aku ada pages Melaka Photo kau klik dan terbuka muka tak hensem aku tengah pegang kamera. Dan kau klik mana2 tajuk kau suka.Kekekeke

Catat Ulasan

0 Ulasan