Wikileaks telah menggemparkan dunia dengan pendedahan dokumen sensitif AS dan informasi maklumat disebarkan ke internet. Impak wikileaks ni amat besar dalam mencacatkan hubungan antarabangsa AS, kelemahan strategi perangnya keretakan ekonominya dan rapuhnya CIA dalam menghalang wikileaks. Yang mampu dibuat ialah mendakwa pengasas wikileaks yang berasal dari Australia ni terlibat dalam kes rogol. Normal strategi dalam menjatuhkan mana-mana pemimpin lelaki. Di Malaysia, lagi expert, bukan rogol tapi liwat..hehehe. Ada pepatah berkata, wanita disisi lelaki ia bisa naikkan kita atau jatuhkan kita.
Berbalik pada wikileaks, aku bukan nak cerita tentang pengasasnya atau isi ceritanya tapi ingin mengupas nilai politik sebenar apabila terbitnya dokumen panas wikileaks ini. Sebelum kita mengupas adalah lebih baik kita imbas sedikit maklumat pendedahan wikileaks.
Pertama ia telah menerbitkan dokumen rahsia ucapan pemimpin dunia seperti negara Arab yang mengutuk Iran. Tapi nasib baik Iran selamba, tak naik angin.
Kedua, kenyataan Setiausaha AS Hillary Clinton yg mengutuk beberapa pemimpin dunia. Kenyataan pemimpin Bolivia terima rasuah dari Venezuala. Dan macam-macam lagi. Kasihan Obama terpaksa pergi ke Afghanistan nak ambil hati askar2 dia kat sana semalam. Tu belum lagi kena jahitan sebab kena siku masa bersukan. Pening Obama sampai masa bersukan pun tak dapat nak fokus.. Itu penangan wikileaks.
Dari contoh yang diberi kita dapat menilai erti sebenar politik. Politik jika dilihat dari sudut yang luas adalah demokrasi. Demokrasi membawa makna keadilan sejagat, keputusan beramai-ramai. Dan juga melibatkan kemakmuran dalam hubungan antarabangsa. Ia juga membawa maksud kejujuran, ketelusan dan kontrak sosial harmoni. Diplomasi juga unsur-unsur politik. Selain itu politik melibatkan pemikiran ideologi. Itu politik dalam kaca mata pemikir politik. Kejahatan dalam politik hanya wujud dalam pertembungan demokrasi dan bukan demokrasi. Seperti komunis.
Tapi melalui wikileaks, erti politik amat berlainan. Politik adalah mainan ayat. Kepentingan kendiri politik diutamakan. Kepentingan bersama tidak pernah wujud dalam dunia politik kini. Negara miskin, dipijak-pijak. Bila bertemu, seribu janji ditabur. Tapi hasilnya, kita merana.
Ideologi hanya alasan untuk mengongkong sesebuah negara yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Ketelusan dan kejujuran tiada nilai jika ia tidak menguntungkan. Demokrasi di anak-anakkan untuk menghalalkan porak peranda dgn demontrasi jalanan. Kebebasan akhbar disanjung tinggi agar fitnah mudah disalurkan. Pemimpin korup dilindungi agar ia kekal memimpin dan mengikut telunjuk mereka. Peperangan atas nama kemakmuran dan keharmonian bersama ditaja agar senjata mereka mudah dijual dan diuji. Penyatuan bangsa digah-gahkan tapi sebenarnya ia hanya teknik break and rules.
Itulah politik dunia terkini. Memang betul kata Aristotle, ibu segala ilmu adalah politik. Kerana politik mencangkumi kehidupan kita. Jika politik itu dijalan yang benar maka makmurlah negara dan dunia. Kerana sumber2 negara ditentukan oleh pemain politik. The elit class.
0 Ulasan