Namun setiap tahun baru yang muncul, apa yang kita mahukan ialah
semangatnya untuk diperjuangkan selama 12 bulan!!!
Apa yang kamu mahu untuk 2011 ini?
Aku macam biasa mahukan kehidupan yang lebih baik dan setidak-tidak pun
jangan buat masalah..
Itu azam yang aku ingin kekalkan..
Selain itu aku ingin memburu kembali diet aku yang tidak menentu
ini...kekekekeke.
Kejap naik...kejap turun..macam biskut kering..payah betul....
Dan harapan aku untuk dunia ini, jangan lagi ada peperangan. Tapi
jendela 2011 telah pun membuka persengketaan Korea Utara dan Selatan.
Harap jangan berpanjangan..
Dan harapan aku lagi..biarlah ekonomi dunia ini berkembang maju dan kita
sebagai insan kecil di arena kewangan dunia berharapan dapat bekerja
dengan tenang tanpa kerisauan..
Dan harapan aku lagi, biarlah sprejudis masyarakat dunia terhadap islam
menurun...sepanjang tahun 2010 memang umat islam di dunia dalam keadaan
tidak tenang..
Dan harapan ku pada negara ini, pada tahun 2011, pilihanraya umum ini
biarlah yang jujur di jadikan ahli Parlimen dan wakil rakyat...tak mahu
lagi yang korupsi ini. Tapi pembuka jendela Datuk Isa jadi pengarah
Felda..bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Persekutuan yang
telah letak jawatan dahulu kerana kes rasuah. Mungkin beliau dah insaf
kot...
Dan harapan ku lagi pada negara ini, pandanglah rakyat, jangan seperti
2010 tahun yang lalu, kenaikan barangan dan kebajikan rakya terabai...
Itulah harapan 2011 yang aku azamkan...
0 Ulasan