Aku minat berkaraoke, minat timbuk bukan masa muda tapi bila member
ajak. Mula2 segan gak tapi lama2 dah OK. Tapi dah lama aku tinggalkan
lepas member aku yg pergi sama aku kena cekup ngan polis masa
checking. Suspect dadah..kekeke. Mau gabra aku masa tu, dah lah
tumpang keta dia. Tapi tu cita lama, member aku pun dah terlepas dari
dakwaan. Bini aku dengar melenting dengar lalu aku stopkan aktiviti
nyanyi ni.Culture shock!! Biasalah isteri dengar bende2 mcm ni mesti
risau. Tapi kerisauan diluahkan melalui leteran yang amat panjang!!
Untuk aku berkaraoke ni bukan aktiviti yg sosial, ianya satu mekanisma
dalam istilah merehatkan otak. Dan meluahkan emosi yg terganggu. Time
tu kalau kau jerit kuat2 pun tak sapa yang marah. Kita yang
merosakkannya. Aku rasa nak ajak bini aku karaoke ler. Kadang2
seseorang itu harus melihat sendiri suasana tu baru dia dapat
menilaikan. Sekarang pun dah ada karaoke untuk keluarga sama anak2.
Itu pendapat aku yang tengah kemaruk nak menyanyi. Baru jap tadi ikut
kawan2 kampung pergi nyanyi. Suara sudah semestinya pitching
lari...hahaha. Lama tak nyanyi. Kalau bini aku baca blog ni, sori dear
i tak ler tahan!!
0 Ulasan