Pintu dapat buka sikit ajer |
2 hari tak menulis, terketar2 tangan umpama siperokok yang putus rokok. 2 hari ni juga macam2 hal jadi terutama luck kat keta aku. Hari
sabtu pagi2 masa aku nak keluar sama mak aku. Mak aku nak buka pintu kereta, dapat buka separuh ajer. Lalu aku pun tengok ler, pintu dengan vender kereta aku kemek. Melalui pemahaman aku, ni mesti masa gostan kereta tak tengok belakang ni. Aku syak jiran aku punya anak. Sebab pagi2 aku dah tengok kereta dia parking depan umah aku dan kelam-kabut
keluar masuk. So semalam aku tanya, ada nampak tak sesiapa terlanggar kereta aku. Semua tak ngaku. Malas aku nak panjangkan cerita.
HARI ni lak, aku pergi TESCO ada kereta tu nak himpit masuk loröng, disebabkan terlalu dekat, pintu kereta dia dah gesel bumper kereta aku. Aku tau tapi aku buat bodoh ajer. Kereta tu cepat2 cabut. Aku tengok kemek teruk gak pintu dia. Bumper aku tak ada apa2, besi padu. Sebab tu aku buat bodoh ajer. Tapi yg aku kesalkan, sikap tanggungjawab yg dah kurang pada penduduk Malaysia ni.
Dan semua ni salah bini aku!!, hari Jumaat itu hari isteri aku ada beri cadangan nak tukau keta bulan 6 ni. Aku mcm biasa diam ajer..Tengok apa dah jadi, kereta aku dah merajuk!!
0 Ulasan