Kerja Kahwin (4try)

Kerja Kahwin (4try)

Sepasang pengantin yang secocok
Hari ni aku ambil gambar kerja kahwin, bertandang ke Melaka. Abang
ipar aku dtg satu bas singgah umah mak aku. Dalam kul 11am kami pergi
kesana, nasib baik aku ada tunjuk jalan..hehehe. Kali ni aku bawa anak
aku, biar kenal sepupu dia yg duduk kat Perak. Bini aku mcm biasa tak
ikut, jaga si kecik yg nakal tu..hahaha. Kul 1pm siap bersanding, aku
pun memulakan aktiviti bergambar aku. Macam biasa aku amik gambar
start dari kompang hingga ke pelamin dan hingga ke meja makan.
Sebenarnya aku dah tahap bosan asik amik situasi yg sama ajer. Kalau
ikutkan hati mahu sajer aku nak suruh pengantin berposing. Pengantin pun smart gak pakai pakaian seragam polis dan gaun. Memang cun kalau posing! Tapi disebabkan aku ni jurugambar yg tak berjemput aku diam ajer. Dalam hati, mau ajer suruh posing. Idea dalam kepala macam2 ada.
Kalau nak cth bergambar pun ada, dah siap print lagi...hehehe. hemm..hemm. Sabar Hanif, masamu akan tiba jua satu hari nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan