Tadi aku ada tgk Melodi, rancangan hiburan paling popular di Malaysia.
Ada wartawan tu tanya pada pengurus EMI Indonesia kenapa lagu2
Malaysia disekat masuk ke Indonesia. Pengurus tu kata kepopularan lagu
sebenarnya ditentukan oleh pendengar. Sebelum lagu2 tu diterima oleh
penduduk sesebuah negara itu, kita harus menkaji budaya dan minat
sebelum release lagu anda. Aku terpaksa akui, kerana aku salah seorang
peminat lagu2 dari indonesia. Pendapat peribadi aku, melodi dan lirik
lagu dari Indonesia amat sesuai ngan aku dan rakan2 aku. Tapi kini aku
dah lihat, penyanyi sekarang lagu2 mereka aku minat seperti Faizal
Tahir, Aizat dan paling best Sixth Sense..hehe. Itu pendapat peribadi
aku. Kalau nak lepasi industri Indonesia, cipta lagu2 yg sesuai dengan
halwa telinga mereka. Tapi aku juga nak tegur DJ radio, jangan pilh
kasih. Macam kes Hazami,ada album baru tapi tak der sokongan. Itu pun
satu hal!!
1 Ulasan