Tahniah buat krew kaki tangan Melaka TV yang berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Salah seorang rakan saya yang terlibat secara langsung dalam pembabitan ini juga telah menerbitkan Facebook Melaka TV. Di ilhamkan oleh rakan saya dengan nama pena Milo Basi selaku penyelaras FB ini dan juga seorang jurugambar yang baik.Tahniah atas usaha gigih untuk mempromosikan Melaka TV ini. Pekerja yang baik..hehehehe

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui alkisah Melaka boleh berkunjung ke laman web rasmi Melaka TV yang terbaru iaitu :http://melaka.tv/ atau kita boleh lihat melalui laman web Melaka Hari Ini http://www.melakahariini.com.my/ atau boleh join FB Melaka TV iaitu taip sahaja Melaka TV atau e-mail melakatv@groups.facebook.com.
Marilah kita beramai-ramai mermeriahkan Melaka TV ini.
Melaka TV bukan hanya untuk anak watan Melaka yang ingin mengetahui perkembangan negeri Melaka tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang ingin berkunjung ke Melaka memperolehi satu lagi kemudahan dengan melayari website Melaka TV.
 Keunikan Melaka TV ini adalah pada namanya juga, iaitu melihat video-video dan berita Melaka.
Selain itu sambil menyelam minum air, anda juga boleh berkunjung ke laman web saya tentang Melaka Tourism di http://hanifidrus.weebly.com/. Cerita bergambar tentang kawasan-kawasan pelancong di Melaka.. laman web ini sentiasa di updated dari masa ke semasa. Jika anda mempunyai masalah tentang kawasan Melaka, boleh bertanya melalui contact form di laman web ini atau blog saya ini. Sebahagian uasaha anak watan Melaka...jika pelancong banyak datang maka laku aku punya Kuih Bakar Berempah..hehehehehe
Akhir sekali tahniah kepada krew-krew Melaka TV, setelah beberapa minggu saya melihat perkembangan Melak TV ini. Ianya adalah satu saluran yang bijak dari Ketua Menteri Melaka dalam merealisasikan Satu Malaysia dan mendekatkan diri kepada rakyat Melaka dan memberi maklumat kepada semua rakyat bahawa Melaka sememangnya makmur!!!
Jika ada tersilap maklumat maafkan saya, atau berikan komen.
Janagn lupa lihat Melaka TV samada pergi ke Melaka Hari Ini, Melaka TV atau lihat FB sahabat saya Melaka TV.
2 Ulasan