Melaka View: Melaka Central

Melaka View: Melaka Central


Aksi yang tak menjadi...
 Pada 29.1.2011, pukul 2am, aku ajak member aku pergi Jambatan Melaka
Central. Sepatutnya malam tu ada janji ngan member nak amik gambar kat
Jonker Street. Tapi hujan pula, terpaksa kensel dan buat aktiviti
indoor. Berbalik pada pada cerita tadi, aku memang dah lama nak cuba
amik gambar long shutter speed semenjak dah beli tripod ni..hehehe.
Itu hari aku amik gambar air drop, nampak mcm OK jer..keke. Perasan
aku ni. Siapa nak angkat bakul kalau bukan kita sendiri. Aku
sebenarnya boleh pergi kat sana sorang2 tapi malam2 kat jambatan tu
sunyi sepi. Takut lak kena PAU. Memang nice, aku setting shutter speed
dalam 1/5, f aku kasi tinggi kasi lampu jalan nampak mcm bintang f22,
ISO 400. Supaya senang nak edit nanti. Malam tu bermula projek yg aku
dah tahap ketagih, aku pun tak harap sangat gambar tu cun. Aku nak
tengok, garisan kereta bila amik long shutter ni. Hasilnya agak
berbaloi ikut pandangan amatur aku ni. Nanti aku download gambar. Tapi
kasihan kawan aku ni, terlepuk tunggu aku amik gambar.Apa kira, janji
aku dapat amik gambar..hahaha. Tapi aku belanja member aku minum
lepas tu. Sekarang jiwa tak tenang nak lensa 200mm.

Catat Ulasan

0 Ulasan