Muzium Samudera |
Harga tiket tak mahal, dewasa RM3 dan kanak2 RM1. Tiket tu boleh digunakan ke 3 muzium. Pertama kapal Portugis(susah nak menaip
namanya), Kedua Muzium Samudera dan akhir sekali Muzium TLDM.
Di KAPAL PORTUGIS paling best. Kapal replika tu dibuat sebiji macm kapal
dulu2. Dan dalam kapal tu ada macam2 khazanah yg menarik dan contoh kapal2 kecil. Dan ada patung2 yg menceritakan tentang kisah2 dahulu.
Di MUZIUM SAMUDERA lak tunjukkan sejarah Melaka yg berkisar di Selat Melaka. Gambar2 peta lama, kapal2 di Malaysia dan pelbagai lagi.
Di MUZIUM TLDM pula terdapat sejarah TLDM yg panjang. Paling dahsyat ada helikopter kat dalam. Ada meriam2 kapal dan kat luar pula ada kapal perang moden TLDM yg tak pakai lagi. Ada juga tunjukkan pakaian2 seragam TLDM.
Memang best round ketiga2 tempat ni. Aku round ajer makan masa nak dekat 2jam. Penat jangan citalah, turun tangga nak tangga. So kalau anda dah tua atau kaki longgar hati2 terutama kapal Portugis, tangga2 dia menegak dan banyak lak.
Aku kalau nak cita pasalMuzium Samudera ni banyak tapi aku cita yg penting2 jer. Gambar pun kalau nak tunjuk ketiga2 muzium ni pun banyak. Akhirnya dapat gak amik gambar pelancungan Melaka yg dah sebulan aku tak amik.
0 Ulasan