Sekarang tengah kecoh tentang pilihanraya kecil di Tenang Johor Satu
lagi proses demokrasi akan terlaksana Muncul calun2 yang dipilih oleh
parti bertanding untuk mewakili rakyat. Sentuhan suarä2 halus, kasar
atau teramat berkumandang semasa berkempen. Media sibuk bertandang ke
tempat pilihanraya kecil menghendap isu2 panas. Manakala parti2 pula,
membuah janji yang entah benar atau tidak. Yang penting mesti menang.
Pada masa ni jua kita dapat melihat wajah2 pemimpin semua parti yg
jarang kita jumpa. Pada masa itu juga mat2 rempit menyorok kat umah
kerana terlalu ramai penguasa undang2 xg memantau pilihanraya kecil
ni. Dan tidak dilupakan peniaga2 kecil berdendang, jualan meningkat
atas hamburan masyarakat politik, media atau penonton berkampung ke
sana. Dan pada ketika ni, aku rasa pihak pemerintah tengah memerah
otak kenapa ramai sangat wakil2 mereka asik meninggal ajer. Dan aku
tengah merancang nak supply kuih bakar aku masa pilihanraya kecil
MERLIMAU. Ini peluang baik! Biarlah mereka berpolitik kerana ianya
requirement dalam konsep negara bebas. Aku lak jalan peranan aku nak
supply produk aku...amin...semoga berjaya..kekeke.
0 Ulasan