Selamat Hari Jadi Isteriku

Selamat Hari Jadi Isteriku


Selamat Hari Jadi Isteriku....
Semalam pada 5.01.2010 adalah merupakan birthday isteriku...
Ini alkisahnya.....

Balik dari kerja...
Aku berkata " Jom, kita pergi pasar malam"
Bini aku pandang padaku " Abang, lupa tarikh apa hari ini? sambil pandang aku.
"Tarikh apa", aku memandang dengan muka yang selamba.
"Hari ini berapa haribulan" isteriku bertanya?
"Berapa yek", aku membuat muka kebingungan aku.
"Hari ini 5hb, Birthday Lin." isteriku menjelaskan padaku.
"Ya ker....?" aku membuat muka terkejut..
"Ini mesti lupa birthday Lin, SMS pun tak der ucap wish birthday" kata bini aku dengan suara kebengangannya...
Aku pun ketawa sambil berkata "Ingat ler sayang, ingatkan nak surprise kat Lin, belanja makan malam ni"
"Bohong", bini aku menjawab.

Pehh!! Aku dah tahap pening. Memang pun semalam aku plan nak surprise isteri aku makan kat Pizza. Dari bulan lepas asik merengek nak makan Pizza. So, birthday ini ler paling sesuai.
Tapi, awal-awal dah kena sound. Plan tak menjadi!! Mesti isteriku ingat aku lupa....
Dalam berfikir tiba-tiba aku teringat duit yang aku letak kat poket baju...
(Untuk pengetahuan, kalau aku pergi kerja aku memang tak bawa duit banyak-banyak. Paling tinggi pun RM10. Malas 
ler nak bawa beg duit. Itu orang umah aku tahu...)

Lalu aku pun meyelitkan tangan aku dalam poket baju aku dan tunjukkan wang yang ada" Nampak tak, bukti yang abang memang nak belanja Lin punya birthday".Aku berkata.
"Ini bukti yang kukuh, memang abang nak surprise Lin" aku berkata-kata lagi...
Kalau aku simpan duit aku kat dalam dompet, pehhh!!! payah gak nak percaya. Nasib aku memang luck betul, aku simpan dalam poket baju, kerana aku fikir nak bayar nanti senang...So, jalan cerita tu nampak smooth ler..hehehehe
Akhirnya percaya gak isteriku....
Fuhhh!!! lega aku dibuatnya....

Lain kali aku tak mahu buat bende macam ni lagi..nahas!!! Itulah isteriku...tak der nak cover-cover punya. Kalau bini orang lain mesti merajuk laki dia lupa birthday dia. Memendam perasaan tanpa suara..hahaha. So, semalam punya birthday surprise gagal dan hampir menempuh nahas...

Disini aku bukan nak cerita tentang birthday isteri aku sahaja tapi hati wanita memang pikir bende-bende macam ni. So, kita sentiasa kena beringat dan letak reminder kat phone ingat tarikh -tarikh penting ini.  Itulah perempuan. Dan kita sebagai lelaki sememangnya jauh dari aspek psikologi dan fizikal tak akan terfikir bende-bende macam ni. (tapi dulu bercinta ingat lak..hehehehe).
Walau apapun semalam dah celebrate makan ikan siakap tiga rasa, sotong, tomyam dan etc. Pizza tak jadi...mood surprise aku kena surprise....hehehehe
Selamat Harijadi Buat Isteriku...

Catat Ulasan

1 Ulasan

shahdiana berkata…
semoga bahagia hingga ke akhir hayat hanif...