Kemeriahan Tahun Baru Cina telah mula terasa bahangnya. Hari Jumaat
yang lalu nampak lori2 tengah sibuk turunkan buah limau kat gerai
buah-buahan. Bini aku sempat request kalau kawan2 cina aku kasi limau
minta yg ada balut plastik. Itu gred baik. Hari ni aku merayau kat
pasaraya, dah nampak berpusu2 kaum cina sibuk menbeli belah. Kat
pentas2 utama pasaraya, tgh buat dekorasi. Dan tadi juga aku ada
menonton pertandingan tarian singa. Yang menariknya ada juga orang
Melayu buat tarian singa. Itulah kemeriahan tanda2 Tahun Baru Cina di
Melaka. Aku di sini nak ucapkan GONG XI FA CAI pada semua rakan2
berbangsa cina yg menyambut Tahun Baru Cina. Dengan ucapan semoga
panjang umur dan untung banyak2.
0 Ulasan