![]() |
Warna Menceritakan Segalanya |
Seorang yang penyayang.Bertenaga dan sangat periang.Mudah bergaul dengan orang,baik lemah lembut dan disayangi ramai.Suka orang yang mudah diajak berbual dan boleh membuatkan kamu selesa.
EMAS
Tahu apa yang betul dan salah.Seorang yang periang dan senang dibawa kemana-mana.Taat dan boleh diharap dan sentiasa bersedia.Seorang yang teliti,bersifat wajar,stabil dan sistematik.
PINK
Seorang yang akan mencuba sebaik yang mungkin dalam apa jua yang dilakukan.Suka membantu orang lain.
PERAK
Suka berangan dan agak pemalu tapi suka mencuba benda-benda baru.Mudah belajar dan bersemangat untuk mencapai sesuatu terutama benda yang sangat sukar untuk diperolehi
BIRU
Mempunyai daya percaya pada diri yang sangat rendah dan sangat memilih.Sangat artistik dan agak unik.Seorang yang simpati,berperibadi dan penyayang.Mesrs,taat,baik hati dan lemah lembut tapi mudah terasa.
KRIM
Suka saingan dan suka memberi dorongan.Tidak suka kehilangan dan sentiasa ceria.Boleh dipercayai dan mudah didampingi.Seorang yang setia.
KUNING
Sangat baik hati.Dipercayai oleh kawan-kawan kerana pandai menyimpan rahsia.Seorang pemimpin yang baik dan mampu membuat pilihan dan keputusan yang tepat di masa yang sesuai.
OREN
Selalu bertanggungjawab dengan apa jua tindakan dan tahu bagaimana hendak melayan orang lain.Tekun dalam mengejar matlamat dan sukar mempercayai orang lain.Pandai berjenaka,cergas dan realistik
PUTIH
Mempunyai impian dan matlamat dalam hidup.Mudah cemburu dan tidak suka mengambil mudah sesuatu perkara.Kadang-kadang terlalu menyanjungi orang lain.
HIJAU
Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.Kreatif dan bersikap ingin tahu.Bijak dan panjang akal.Seorang yang berprinsip,jujur dan tenang sewaktu menghadapi masalah.Cekap dan berkebolehan
KELABU
Sangat menarik dan aktif.Suka bertrus-terang.Selalu inginkan perhatian dan tidak suka berat sebelah.Seorang yang kelakar.
MAROON
Sangat bijak dan tahu apa yang betul.Suka berserah kepada takdir dan kurang mempedulikan perasaan orang lain
UNGU
Seorang yang misteri,tidak pentingkan diri dan mudah sukakan sesuatu.Popular dikalangan rakan-rakan dan mudah rapat pada orang yang dipercayai.
COKLAT
Seorang yang aktif dan suka memberi sokongan pada orang yang memerlukan.Mudah putus asa.
HITAM
Seorang yang sukakan cabaran dan berani.Sukar menerima perubahan
0 Ulasan