Demo, Tunjuk Perasaan - Satu Budaya Ala Demokrasi

Demo, Tunjuk Perasaan - Satu Budaya Ala Demokrasi

Tahniah saya ucapkan kepada rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan kerajaan diktator Presiden Hosni Mubarak..
Inilah memberi satu petunjuk kekuatan rakyat yang menuntut pemerintah memberi keadilan sama rata kepada semua rakyat.
Ini juga memberi petunjuk kekuatan sistem demokrasi yang harus didokong oleh semua pihak  dalam menjayakannya.

Tetapi adakah tunjuk perasaan merupakan satu kemestian dalam memberi petunjuk indeks demokrasi. Sekarang tunjuk perasaan kini semakin menular atas pengaruh kejayaan di Algeria dan Mesir. Baru-baru ini berlaku di Yemen pula.

Adakah sesiapa terpikir keburukan tunjuk perasaan? Lihat sahaja di Mesir, bangunan-bangunan dan infrasturktur dimusnahkan. Belum lagi  dikira kehilangan nyawa dikalangan rakyat dan penguasa yang menjalankan tugasnya. Belum lagi dikira jenyah yang berleluasa akibat ketumpulan pengawasan disebabkan tunjuk perasaan.
Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa seperti di rogol, dipukul dan dianiaya. Jangan kata tak ada kerana pada masa itu peraturan tidak diguna pakai.
Belum lagi dikira kemusnahan ekonomi akibat peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan.



Ini saya kata semasa proses tunjuk perasaan. Selepas kejayaan tunjuk perasaan pula, perkara biasa yang terjadi ialah kerakusan kuasa pihak pembangkang. Berebut-rebut kuasa hingga rakyat kembali susah. Ini berlaku kerana peralihan kuasa tidak berjalan dengan lancar. Pembangkang kini menjadi diktator...Back to basic....hehehehehe.
Bila dah syok dengan tunjuk perasaan, muncul lagi beberapa tunjuk perasaan minta kenaikan gaji, hak-hak asasi dan lain-lain. Seperti yang berlaku di Mesir pekerja kerajaan minta kenaikan gaji ...

Bagi saya tunjuk perasaan secara aman adalah betul .Ambil sahaja sejarah Malaysia dahulu yang menentang Malayan Union. Kita tak buat kerja gila memberontak atau merosakkan harta awam. Tapi kita berdiplomasi secara bijak. Dan akhirnya Malayan Union dibubarkan , malahan kita dapat mencapai kemerdekaan pula.
Di India pula, Mahatma Gandhi yang protes secara aman meminta kemerdekaan, tidak menggunakan kekerasan dan amat menentang kekerasan dalam tunjuk perasaan. Pernah berpuasa kerana pengikut bergaduh. India merdeka juga!!



Saya berdoa terutama rakyat Malaysia janganlah mengikut budaya demokrasi ala baru ini. Jangan terlalu menjadi pengikut setia yang akhirnya anda tersungkur dan pihak lain mendapat habuannya. Jika sesuatu berlaku pada anda, siapa yang akan menangis?, siapa yang akan menanggung anak isteri anda? Tanya diri anda sendiri.
Lainlah jika anda terkorban kerana menegakkan agama, negara kamu atau keluarga kamu. Ini kita panggil mati syahid!! Bukannya bermati-matian untuk kepentingan pihak lain...

Ketidakpuasan hati boleh diluahkan melalui saluran yang tertentu melalui NGO yang bertauliah krebilitinya dan pengaruhnya. Bukan saluran yang gemar menjerit di TV membawa parang atau pisau, kononnya pejuang bangsa. Sebenarnya banyak saluran boleh digunakan seperti sekarang ini saya menulis blog ( salah satu saluran), Tapi bukan menghasut suruh buat tunjuk perasaan ganas pula...Seperti yang berlaku di Mesir , kekuatan komunikasi cyber merupakan salah satu penyebab tunjuk perasaan. Jangalah gunakan platform ini suruh buat benda-benda macam tu..

Berfikir sebelum bertindak..Cari tempoh bertenang...

Selamat berjuang!!!!!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan