Kenapa Kalender Cina tak ada Tahun Kucing?
Pernah tak korang terfikir pasal hal ini....
Ada ceritanya..ini pun aku dengar dari boss aku buat lawak tadi kat opis...hehehe
Ceritanya begini:
Dulu kat negara China ada satu perjumpaan nak implement Kalendar China ni , maka semua binatang seluruh pelusuk dari negara China dijemput hadir dalam perjumpaan tersebut. Pada masa tu 11 binatang dah masuk kat meeting room untuk selection, hanya tinggal 1 kerusi lagi yang tingggal.
Nak dijadikan cerita, kucing dan tikus bertembung semasa dalam perjalanan ke mesyuarat.
Kucing bertanya "
Tikus mana jalan ke meeting room"
Tikus menjawab"
Kau pergi sebelah kanan lorong tu dan terus ajer" Tikus menunjukkan arah yang salah.
Tikus menipu kucing kerana ia tahu hanya tinggal satu tempat kosong ajer untuk final selection.
So kucing pun bergegas lari ke arah yang ditunjukkan.
Bila sampai ke arah yang ditunjukkan, rupanya kucing tahu beliau telah ditipu oleh tikus.
Pada masa yang sama tikus adalah orang terakhir tiba pada perjumpaan tersebut dan tikus serta binatang yang lain telah diiktiraf dalam kalender China.
Kucing berasa amat marah kerana ditipu oleh tikus. Dan sehingga hari ini kucing tidak dapat memaafkan tikus hingga ke anak cucu.
Itulah sejarah kenapa tikus dan kucing tak boleh bertemu.. hingga hari ini.
Kasihan kucing kena tipu ngan tikus....huhuhuhu
1 Ulasan