Melaka View: Kampung Portugis

Melaka View: Kampung Portugis

Hari ini 2 kali keluar masuk ke dalam Kampung Portugis. Pertama member aku tak pernah masuk Kampung Portugis.
So aku tunjukkan suasana dalam Kampung Portugis. Dalam kampung Portugis ini ada hotel dan food court area yang besar. Ia terletak di kawasan pantai dengan kemudahan yg baik seperti penyediaan jeti baru  dan kawasan riadah yang luas. Nice place for relaxing your mind.

Selain itu tiap-tiap tahun di kampung ini ada perayaan San Pedro yang meriah. Kalau Krismas memang kat sini ler MAKAN-MAKAN PERAYAAN MALAYSIA..

OK..kali kedua kami sana pada hari yang sama kerana nak ambil gambar sunset atau matahari terbenam. Member jugak yang suggest kerana melihat dari view Kampung Portugis memang best kalau shot gambar. Pukul 7.00pm dah datang dan cari point yg agak cantik. Dalam dunia fotograpi ini waktu terbaik shot ialah pada waktu pagi dan petang.  Memang best sunset kat Kampung Portugis dimana laut berkilaun dan cahaya dia straight kat area aku nak amik gambar. Nasib baik ada member aku yang memberi tunjuk ajar angle yang cantik  dan menemankan aku, kalau aku sorang-sorang memang tak ajdi punya.. Itu kelebihan Kampung Portugis. Lihat gambar amatur yang diambil.

Catat Ulasan

0 Ulasan