Melaka View : Perkampungan Nelayan, Duyung Melaka

Melaka View : Perkampungan Nelayan, Duyung Melaka

Landskap yang menarik
Sungai Duyung
Dah lama betul tak buat Melaka View Tourism ni..web site aku dah naik
berhabuk kerana masa mencemburui aku.. Ada beberapa area aku dah ambil
gambar tapi belum sempat nak upload kat website tourism aku kerana
kelembapan nak download gambar dan masa.
Minggu lepas aku ada amik gambar dekat Perkampungan Nelayan di Duyung
Melaka. Panorama yag menarik untuk di lihat.
Sebenarnya Perkampungan Nelayan, Duyung ni adalah penempatan semula
semua nelayan yang menangkap ikan di kawasan Sungai Melaka. Dulu semua
nelayan lokasinya di Sungai Melaka. Disebabkan visi Ketua Menteri kita
yang ingin menjadikan membersihkan sungai Melaka, mereka dipindahkan ke
Sungai Duyung yang lebih baik infrastukturnya.
Pada mulanya ada juga komplen seperti infrastruktur tak lengkap, jauh
dan sungai cetek. Tapi kini semuanya sudah diselesaikan dengan cepat
oleh Kerajaan Negeri Melaka.
kesimpulan nya Sungai Melaka kini jadi pusat pelancongan terkenal dan
nelayan memperolehi infrasturktur yang baik. Ini dinamakan win-win
situation kepada rakyat.
Ishhh!!! entri ni macam entri membodek ajerrrr...kekekekeke. Bukan
membodek, ini tentang sejarah kawasan Sungai Duyung ...
Jika anda inginkan suasana perkampungan nelayan yang tenang pergi ke sana.
Selain itu terdapat kedai Ikan Bakar yang menjual ikan-ikan segar. Murah
dan sedap!!! Setiap hari memang penuh kedai tu..Selain menikmati
ketenangan di Sungai Duyung ini anda juga boleh menikmati makanan laut
yang enak-enak.


Gambar ini ditangkap secara spontan dan masa agak kurang. Member yang
suruh ambil tapi tahu ajer ler..kalau nak shot cantik-cantik ambil masa.
Itu pun belum tentu jadi...hehehehe. Segan lak nak duduk lama-lama, dah
ler member aku yang cadangkan, kau ambil lambat-lambat lak...kekekekeke.

Ada masa lawat blog Tourism aku:
http://hanifidrus.weebly.com

Catat Ulasan

2 Ulasan

Liza @ Adzriel AB berkata…
teruskan dik..senang akak nak jenguk tempat2 cantik.
THE AUTHOR berkata…
Thanks for comment Melaka View..memang sekarang tengah nak rancakkan lagi Melaka View ni..