Sudah lebih 2 minggu aksi rusuhan di Mesir. Semuanya berpunca dari ketidak puasan hati rakyat terhadap kepimpinan pemimpin Mesir terutama Presiden Mubarak.
Setelah diselidik, semangat rusuhan rakyat Mesir berpunca dari Tunisia yg berjaya mengulingkan presiden mereka dengan cara yang sama. Kenapa rusuhan rakyat atau dalam bahasa politik kebangkitan rakyat berlaku. Punca utama dan sering saya utarakan ialah tension rakyat.
Rakyat tension kerana pertama peluang ekonomi yang tak sekata.
Kedua tiada pekerjaan,
Ketiga rasuah,
Keempat penggunaan kuasa yang melampau,
Kelima dasar diktator pemimpin.
Apabila yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin berlaku, pasti akan berlaku tension. Rakyat pada ketika itu, hanya mampu menahan diri tapi apabila kehidupan semakin sempit dan apatah lagi keadilan tiada dipraktikkan, akhirnya meletuslah kebangkitan rakyat.
Siapa kata politik tidak penting? Mereka terutama elit kelas politik merencana perjalanan negara. Jika ahli politik asyik dengan struggle of power bukannya fikirkan rakyat...habislah!! Di sini juga contoh kuasa rakyat! Sistem demokrasi adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Di Mesir pula, nampak demokrasi tapi Mubarak nak anak dia ganti tempat dia. Ni bukan demokrasi tapi macam king!
Aku berharap Mesir berjaya melalui dan harungi zaman peralihan ni dengan jaya.
Tapi keganasan bukan lah jalan penyelesaian, sememangnya kebangkitan rakyat dipersetujui tetapi rusuhan dan demonstrasi jalanan yang ganas akan mewujudkan fenomenana yang sebaliknya. Rakyat akan ketakutan, jenayah berleluasa, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa. Kematian menjadi satu tontonan biasa. Ekonomi yang lemah menjadi semakin lemah.
Kita bernasib baik kerana rakyat negara Malaysia masih pintar berfikir dan kerajaan memerintah dan pembangkang juga haruslah mengambil iktibar akan perkembangan yang berlaku di Mesir. Jangan terlalu berpolitik hingga mengusik keharmonian kaum di Malaysia.
0 Ulasan