Aku dah terpengaruh dengan teknik fotografi yang aku lihat kat Majalah 3 baru-baru ini.
Teknik menggunakan pelbagai bentuk cahaya dengan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan tulisan bercahaya.
Memang cantik dan idealistik rekaan mereka.
Aku pun tak tahu ada seni ini dalam bidang fotografi...hahahaha.
So malam tadi aku pun test ler...
Agak lewat gak aku buat sebab nak menunggu bini aku tidur dulu...
Kalau ada mesti aku kena kutuk punya...kekekeke.
Lepas bini aku berdengkur ajer..
Aku capai tripod dan attach kamera aku dan cari pemetik api aku dan lampu suluh aku...
Apa lagi aku pun menulis dalam kegelapan huruf yang aku nak nak tulis...
Rupanya boleh menjadi teknik ni..
Aku hanya nak buktikan teknik ini boleh diguna pakai atau tidak..
Rupanya boleh dan selebihnya ialah idea untuk mencantikkan gambar kita...
Dalam fotografi aku amat percaya ilmu sahaja tidak memadai..
Ilmu wajib mesti ada kalau tak ada macam mana kau nak adjustkan shutter speed, aperture atau ISO.
Tetapi BAKAT dan IMAGINASI serta KREATIVITI yang membezakan anda dengan orang lain.
Itu kekurangan aku tapi aku juga percaya pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan, kita mampu hasilkan apa yang kita hendak.
Lagi satu persaingan juga akan membuat kita menjadi kreatif.
Tapi persaingan kita ingat kita dah cukup bagus..hehehehehe.
Jangan kutuk gambar aku ni..ni hanya satu teknik pembelajaran sendiri dalam rumah, keseorangan, tanpa alatan yang cukup....dan pertama kali.
1 Ulasan
Boleh lihat hasil kerja Light Graffiti pertama saya di blog saya.