Kakak aku bergambar depan Jambatan |
Wajah sebenar jambatan Putrajaya |
Idea memaag tengah banyak ni..melimpah ruah...simpanan dari minggu lepas cuma tak terdaya nak menulis....
Setelah berfikir banyak kali aku rasa aku nak buat new labelling iaitu Malaysia View.
Dahulu aku memang tumpukan perhatian pada pelancongan Melaka tapi apabila aku ambil gambar luar Melaka seperti kat Muzium Negeri sembilan, buat aku confuse lak. Dan bila aku pergi PJ atau Subang aku ambil gambar...mana aku nak letakkan dalam spesific label.
So today I declare nak buat label baru iaitu Malaysia View...hehehehehe. Malaysia View hari ini ialah Putrajaya..
Pada 24/3/2011 selepas hantar mak aku pergi umrah kat KLIA, aku adik beradik ngan satu makcik tu namanya Makcik Timah pergi jalan-jalan Putrajaya. Kawan baik mak aku tuuu..
Putrajaya memang cantik dengan landskap dan bangunan-bangunan yang mempunyai senireka yang indah. Kedudukan bandarnya yang tersusun juga amat baik...Pendek kata taklah rasa macam jalan tu sempit sangat atau sesak.
Selain itu susunan kawasan perumahannya langkap, siap dengan taman permainan dan kemudahan lain. Kawasan landsakap dan sekitarnya memang sentiasa ada pekerja yang membersihkannya. Meaning maintainance BAGUS!!!
Kawasan riadah memang cukup banyak, Taman Botani, Taman Wetland dan pelbagai taman-taman. Dan sekali lagi aku tabik kerana kedudukan taman-taman ini dalam satu kawasan yang berdekatan sahaja. Kalau anda kerja kat Putrajaya, nak hilangkan tension memnag Majlis Perbandaran Putrajaya dah sediakan kawasan rehat untuk anda....No complain kata tension yekkk!!
Selain itu aku lihat kawasan perumahan tiada pagar, maksudnya ZERO pencuri kat Putrajaya!!!!!!!!! Memang best Putrajaya niiii...
Walau bagaimana pun ada perkara yang aku lihat agak kurang tapi kecil sahaja. Rata-rata pekerja yang membersihkan landskap kat Putrajaya semuanya pekerja asing, susah benar nak nampak pekerja Malaysia. Tak manis ler sebagai pusat pentadbiran negara tapi guna ramai pekerja asing. Dahulu Kementerian Sumber Manusia tanya kenapa industri2 di Malaysia ambil pekerja asing tapi di Putrajaya aku lihat selamba jer pekerja asing bersihkan BANDAR PENTADBIRAN MALAYSIA. Suruh kita kontrol tapi depan mata tak nampak...Not nice ler brooo...
Lain-lain kutukan tak ada..hehehehehehe.
0 Ulasan