Sekarang ini harga ayam tengah mahal. Aku rasa ayam merupakan salah satu makanan utama masyarakat Malaysia selain nasi. Dan kini salah satu transformasi masyarakat Malaysia sekarang ialah Ayam Kampung. Harga pasaran ayam kampung kat Melaka RM15 sekilo!!, itupun ramai gak yang nak membeli. Masyarakat sekarang adalah masyarakat yang mementingkan kesihatan, ayam inject ni memang dah kurang orang nak makan disebabkan bahan kimianya.
Tapi tahu ajer ayam kampung ni berat dia tak ler seberat mana, tu kadang-kadang orang jual seekor RM15, dah tak timbang-timbang lagi . Dan kini perniagaan ayam kampung ni semakin membesar dan persaingan pada masa akan datang pasti makin perit.
Sebelum kau kalah dalam perniagaan ni, tadi aku dah dapat satu tips macam mana nak gemukkan ayam kampung. Gunakan buah kelapa sawit.
Caranya:
a) Ambil satu tandan kelapa sawit yang ada buah ler...
b) Kau kena sediakan tin minyak tanah yang kosong..
c) Isi air dalam tim minyak tanah tu dan didihkan air tersebut.
d) Sebelum tu kau rendam tandan kelapa sawit tu dalam tin minyak tanah tersebut.
e) Kau rebus tandan kelapa sawit tu sampai buah kelapa sawit tu lembut.
f) Keluarkan tandan kelapa sawit tu ( adakalanya tandan buah tu dah tak der buah selepas kembang, dia gugur)
g) Buang air dalam tin tu, kumpulkan buah kelapa sawit tu dan kasi ayam kau makan.
Tujuan kau rebus kepala sawit tu adalah untuk lembutkan buah kelapa sawit agar ayam tu bila patuk senang sikit nak makan.
Kesannya,
Bila ayam kau dah makan buah kepala sawit tu, yang pertama ia mesti gemuk punya.
Kedua bulu-bulu dia nampak macam kilat dan cantik, tak macam ayam kampung yang lain kusam-kusam warnanya macam mak mentua aku punya ayam...hehehehe.
Bila pelanggan tengok baru bestt..ayam kau lain dari yang lain...
Selain itu, dengan menggunakan buah kelapa sawit kau dapat budget kos beli jagung atau dedak. Tapi kau mesti ada dusun kelapa sawit ler..hahahahha. Tapi kawan aku kata kau beli ajer pencangkuk..malam-malam kau cangkuk ajer tandan kelapa sawit......isskkkk tak baik mencuri..
Selamat mencuba dan kalau berjaya jangan lupa jual kat aku murah-murah...
3 Ulasan