![]() |
Pamplet Kuih Ros |
Dan sekarang aku percaya dengan kekuatan packaging dan labelling ni.
Peristiwa Pertama - Packaging
Mula-mula masa aku mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini, aku ada hantar produk aku kepada peniaga yang menjual makanan tradisional ni. Dia ada kata adakala saiz packaging ini amat penting. Sebagai contoh kuih kerepek. Mula-mula dahulu dia packing kerepak dia pakai polybag yang besar tapi tak laku.
Then dia tukar pakai polybag yang panjang tapi lebarnya dikurangkan. Hasilnya laku kerepek tersebut.
Kenapa? Dia bertanya pada aku..
Kerana pembeli secara psikologi tertipu dengan saiz polybag yang menunjukkan kerepek itu lebih banyak dari dahulu.
Aku mengiyakan percakapan pakcik tu..aku dah ler lambat nak hantar kuih, dia pula panjang lebar terangkan benda ni..
Pada ketika itu aku tak begitu faham maksud pakcik tu..
Peristiwa Kedua - Labelling
Berlaku minggu lepas, semasa aku hantar produk aku kepada pakcik tersebut. Masa aku tengah sibuk mengira jumlah jualan pakcik tu kat kedai aku terlihat jenama dan warna labelling produk tu hampir sama. Ohh!!! produk pakcik ni rupanya..
Aku seperti biasa memuji pakcik tersebut sambil bertanya kenapa pakai warna-warna begini.
Pakcik tu menjawab" Dalam perniagaan, labelling juga amat penting!!!"
Aku menjawab dan bertanya " Kenapa bang"
Pakcik tersebut menjawab " Perkara pertama yang dapat menarik pelanggan ialah labelling, Perkar apertama macam mana kau nak pelanggan kau perasan produk yang kau jual.
Itu penting labelling, dari jauh orang dah perasan!!!
Pakcik tersebut menerangkan lagi " Kau nak tahu satu rahsia tak, orang melayu ni suka warna hijau dan kuning. Cuba kau tengok produk-produk yang dijual kat mana-mana kedai. Kau mesti perasan label yang mereka gunakan warna hijau atau kuning"Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Selepas selesai aku pun jalan-jalan keliling kedai kat tempat tersebut dan memang benar kata pakcik tesebut.
Peristiwa Ketiga- Packaging
Ini kat kedai lain, pakcik tu pun ada gerai jual kuih tradisional dan menerangkan kat aku tentang rasional packaging jangan terlalu mewah. Dia tunjukkan aku satu produk kuih mini popia yang telah dipacking mnenggunakan kotak dan kekemasan packagingnya nampak mewah. Dan contoh packaging mini popia yang menggunakan polybag. Harga kedua-dua produk tersebut berbeza dalam RM.50.
Tapi yang laku mini popia dalam polybag. Kenapa?
Kerana tempat (lokasi) menjual mini popia yang menggunakan kotak tu tak sesuai. Kalau jual kat shopping center, kedai-kedai elit atau kat lapanagn terbang memang OK. Tapi kalau jual kat kedai-kedai atau gerai-gerai biasa sangat tak sesuai....
Aku sekali lagi menganggukkan kepala.....
So berdasarkan perkara tesebut dan pengalaman ciput aku ni, aku ingin mencuba teori mereka. So minggu lepas aku collect semua Kuih Ros yang aku jual kat kedai-kedai. Aku beritahu dah expired dan nak tukau dengan yang baru. Tapi aku juga beritahu nak tukar packaging.
Kuih Ros aku ni bersaing dengan Kuih Ros kelabu dan keras kat pasaran, tu yang leceh. Kuih Ros aku lak mahal sikit dengan Kuih Ros yang tak sedap tu. Kuih Ros aku buat dari tepung Jagung, tu yang mahal.
3 hari aku buat labelling dan 3 hari juga merayau ngan bini aku cari packing yang murah dan baik...
Akhirnya kami bersetuju mengguna polybag dan labelling aku ceriakan sedikit.
Nanti aku beritahu resultnya...
So kesimpulannya, zaman sekarang packaging dan labelling amat penting dalam perniagaan.
Sila lihat packaging trial yang aku buat dan sesiapa nak tempah untuk kenduri atau buat berkat, pihak kami ada sediakan pelbagai packaging yang anda inginkan.
0 Ulasan