![]() |
Graf ekonomi yang menurun... |
Sejak kebelakangan ni semua kilang-kilang kat Malaysia menghadapi masalah tidak dapat menjalankan operasi dengan lancar selepas Tsunami melanda Jepun. Kilang tempat aku bekerja menghadapi masalah penghantaran IC Wafer untuk part-part elektronik.
Biasanya dalam bulan April hingga November adalah waktu kemuncak semua kilang-kilang di Malaysia demand order yang tinggi tapi disebabkan masalah Tsunami banyak production kami drop.
Sebenarnya Tsunami yang berlaku di Jepun adalah kawasan perindustrian dan Jepun merupakan pengeluar terbesar salah satu IC Wafer di dunia.!!! Jika melibatkan komponen elektronik ianya bukan sahaja melibatkan barangan rumah elektonik tetapi termasuk industri pemotoran juga.
Aku punya boss kata, kawannya yang kerja salesman Toyoto ada advice kalau jadi runner Toyota baik simpan kereta buat stok kerana tak lama lagi penawaran kereta akan berkurangan disebabkan Tsunami. So harga kereta akan naik!!!! Ni aku kasi tips untuk kau orang...
Salah satu jabatan aku dah nak cuti satu minggu kerana barang tak ada. Ada juga jabatan yang kerja normal ajer. Tapi dengar khabar dalam bulan May jika Jepun dah recovery mungkin order akan mencanak naik semula. Sekarang order tengah drop pun aku punya operator pun masih tahap bernafas dalam lumpur. Kalau naik pehh!!! tak tahu nak kata apa. Tapi kalau kilang aku sibuk bersyukurlah maksudnya ada kerja...!!!!!!!!!!
Tapi aku dengar khabar lagi ada juga company yang mempunyai stok IC ni mula cepat-cepat keluarkan produk mereka kerana mereka tahu jenama-jenama yang lain hadapi masalah. Sebagai contoh tadi ada customer aku tiba-tiba minta jalankan satu produk yang belum approved. Ni kita namakan persaingan dan mengambil kesempatan yang ada....hehehehe.
Pening kepala aku juga kerana model tu belum OK dah suruh jalan.....banyak rework point kena buat..maksud kata bahasa international kena buat Secondary Process...waduhh!!! Tapi apa kisah!! janji aku sibuk dan ada kerja!!!
Walau apa pun kita tahu selain Amerika yang merupakan kuasa dunia ekonomi, Jepun juga terbukti merupakan kuasa utama dunia. Tergesel ajer ekonomi mereka maka kita pun terduduk!!!!!!!!
Bila Malaysia nak jadi macam mereka.... MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!
0 Ulasan